Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia vs Cape Verde menjadi antara aksi yang dinanti-nantikan peminat bola sepak tanah air untuk bulan Mei ini seperti game Manchester United semalam.
Pertemuan ini membawa nilai penting dalam persiapan skuad Harimau Malaya menjelang kejohanan kelayakan akan datang, serta sebagai platform untuk menguji taktikal dan barisan pemain baharu yang dibawa masuk oleh jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski.
Cape Verde merupakan sebuah pasukan dari benua Afrika yang terkenal dengan kekuatan fizikal, kepantasan dan corak permainan menyerang yang bertenaga. Menurut ranking FIFA terkini, Cape Verde berada di kedudukan ke-72 dunia, manakala Malaysia berada di tangga ke-131.
Jurang ranking ini menunjukkan perbezaan tahap persaingan, namun ia juga memberikan peluang kepada skuad negara untuk mengutip mata penting sekiranya berjaya mencatat keputusan positif.
Siaran Langsung Malaysia vs Cape Verde
Perlawanan Malaysia vs Cape Verde ini akan berlangsung pada 29 Mei 2025 (Khamis) jam 9.00 malam bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Bagi peminat yang tidak berpeluang hadir ke stadium, anda boleh menyaksikan siaran langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803. Selain itu, penonton juga boleh menonton secara digital melalui penstriman langsung di aplikasi Sooka, menjadikannya mudah diakses di mana sahaja.
Perlawanan ini dijangka menarik perhatian ramai kerana Cape Verde membawa reputasi sebagai pasukan yang kompetitif di benua Afrika, manakala Malaysia pula sedang giat membina semula momentum dalam misi mencapai tahap yang lebih tinggi dalam kancah bola sepak antarabangsa.
Antara pemain utama yang dijangka diturunkan termasuklah Arif Aiman yang semakin menyerlah bersama JDT, Dominic Tan di posisi pertahanan, dan Paolo Josue yang sering menjadi nadi penyerang pasukan kebangsaan.
Perlawanan ini juga mungkin menyaksikan kemunculan beberapa pemain muda atau naturalisasi baharu yang sedang diuji dalam kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi kejohanan akan datang.
Dengan Cape Verde yang berada hampir 60 anak tangga di hadapan dalam senarai ranking FIFA, keputusan seri mahupun kemenangan akan memberikan impak besar kepada Malaysia dari segi mata ranking dan motivasi pasukan.
Ini adalah peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan pasukan bertaraf lebih tinggi di pentas antarabangsa. Bersediakah anda untuk pertemuan Malaysia vs Cape Verde ini nanti?
Keputusan Perlawanan
FT : Malaysia (1) – (1) Cape Verde
- Sidny Cabral 9′
- Paulo Josue 79′
Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Bola Sepak KL
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka













1 thought on “Siaran Langsung [LIVE] Malaysia vs Cape Verde Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 (2025)”
Comments are closed.