Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Filipina Pestabola Merdeka 2024

By aiman

Updated on:

malaysia vs filipina pestabola merdeka 2024

Malaysia vs Filipina merupakan perlawanan pertama melibatkan Harimau Malaya dalam kempen Pestabola Merdeka 2024 selepas undian telah dibuat pada Ogos yang lalu.

Ini merupakan perlawanan kedua dalam kejohanan ini setelah perlawanan pembukaan yang berlangsung pada belah petang iaitu antara Lubnan dan Tajikistan.

BACA JUGA : Jadual Penuh Pestabola Merdeka 2024

Seperti yang dijadualkan, pertemuan Malaysia vs Filipina akan berlangsung pada hari Rabu (4 September 2024, belah malam iaitu jam 9.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Venue yang sama seperti pada edisi 2023.

Sejarah Pertemuan Malaysia vs Filipina

Sejak tahun 1962, ketika Malaysia masih dikenali sebagai Malaya, pasukan bola sepak negara telah bertemu dengan Filipina sebanyak 20 kali sehingga kini. Ini merupakan pertemuan kali ke-21 untuk kedua-dua pasukan.

Daripada jumlah pertemuan tersebut, Malaysia telah mencatatkan 13 kemenangan, enam perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Manakala Filipina hanya berjaya memenangi satu perlawanan sahaja.

Advertisements

Walaupun secara keseluruhannya Malaysia mempunyai rekod yang lebih baik, namun dalam lima perlawanan terakhir, keputusan lebih seimbang dengan Malaysia hanya menang sekali dan seri dalam empat perlawanan yang lain.

Ini menunjukkan bahawa Filipina mampu untuk memberikan sesuatu dalam perlawanan ini. Jika Harimau Malaya leka, pastinya akan dihukum oleh pasukan pelawat nanti.

Mata Ranking Yang Diperoleh Harimau Malaya

Menerusi kemaskini terbaru FIFA, Malaysia berada di kedudukan 134 berbanding Filipina di ranking ke-147 dunia. Di atas kertas, Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang dalam perlawanan ini.

Selain daripada mengejar trofi dan kejuaraan, perlawanan ini juga penting untuk menentukan kedudukan ranking FIFA menerusi mata yang diperoleh untuk pasukan Harimau Malaya.

Sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Filipina, mereka akan memperoleh tambahan 4.48 mata. Namun, jika tewas, Malaysia akan kehilangan sebanyak 5.52 mata. Justeru itu, perlawanan ini bukan sahaja penting untuk mara ke final tetapi juga untuk memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.

Sejarah Filipina di Pestabola Merdeka

Untuk pasukan Filipina, tahun 2024 merupakan penampilan keempat mereka dalam Pestabola Merdeka. Sebelum ini pernah, mereka menyertai kejohanan ini pada tahun 1962, 1971, dan 1972.

Dalam ketiga-tiga penampilan tersebut, pencapaian terbaik mereka hanyalah setakat pusingan pertama sahaja. Walau bagaimanapun, penampilan kali ini dilihat sebagai peluang untuk Filipina mencipta sejarah baru dan memperbaiki prestasi mereka dalam kejohanan ini.

Format Pertandingan

Sama seperti pada edisi-edisi lalu, Pestabola Merdeka 2024 juga menggunakan format kalah mati yang bermula di pusingan separuh akhir. Ini bermakna setiap perlawanan adalah penting dan tiada peluang kedua untuk pasukan yang tewas.

Sekiranya perlawanan berakhir dengan keputusan seri dalam tempoh perlawanan sebenar, perlawanan akan terus dibawa ke penentuan sepakan penalti untuk menentukan pasukan yang mara ke final.

trofi pestabola merdeka

Siaran Langsung Malaysia vs Filipina Pestabola Merdeka 2024 (Live Streaming)

Bagi peminat bola sepak yang tidak dapat hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil, perlawanan ini boleh disaksikan secara langsung melalui pelbagai platform. Anda boleh saksikan menerusi saluran Astro atau RTM.

Untuk saluran Astro, ianya disiarkan di Astro Arena 801 dan Arena Bola 803. Manakala di saluran RTM, ianya disiarkan menerusi saluran TV Okay (CH 146) dan Sukan RTM.

Advertisements

Tapi bagi yang tiada akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform Sooka dan RTM Klik yang disediakan secara percuma. Boleh strim menggunakan laman web atau aplikasi mobile.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan antara Malaysia vs Filipina untuk semi ifnal Pestabola Merdeka 2024 yang berlangsung pada 4 September 2024, hari Rabu.

FT : Malaysia (2) – (1) Filipina

  • Jefferson Tabinas 27′
  • Syamer Kutty Abba 43′
  • Safawi Rasid 73′ (P)

*Malaysia mara ke final bertemu Lubnan

Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Astro Arena, Arena Bola, Sukan RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

Teruskan Berikan Sokongan Kepada Harimau Malaya

Walaupun terdapat kempen boikot yang sedang berlangsung, perlawanan ini tetap akan diteruskan dan mungkin dengan kehadiran penyokong yang lebih sedikit daripada biasa.

Namun, sokongan dari peminat di rumah tetap penting. Jangan lupa untuk terus berikan sokongan dari jauh kepada Harimau Malaya. Saksikan perlawanan Malaysia vs Filipina di saluran TV yang disediakan dan mari kita doakan kemenangan untuk pasukan negara!

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment