Untuk hari kedua, minggu ketujuh (LS7) bagi saingan Liga Super kali ini akan ada tiga perlawanan dan salah satunya adalah pertemuan antara PDRM vs JDT.
Seperti yang dijadualkan, ianya akan berlangsung pada 31 Julai 2024, iaitu hari Rabu, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Musim kali ini, PDRM terlebih dahulu akan melayan kunjungan JDT dalam saingan liga dan pastinya ramai peminat kedua-dua pasukan tidak sabar untuk menyaksikan aksi pemain-pemain nanti.
Adakah PDRM Menjadi Mangsa JDT Seterusnya?
Umum ketahui, PDRM tidak mempunyai perlawanan pada minggu sebelumnya, LS6. Jadi pemain-pemain The Cops pastinya mempunyai rehat yang cukup untuk perlawanan ini.
Tetapi dengan kelebihan itu, bukan bermakna JDT mudah ditumpaskan. Meskipun mereka mempunyai lebih minit permainan, sehingga kini, menjadi satu-satunya pasukan yang mencatatkan 100% kemenangan.
Bukan sahaja kemenangan, tetapi tidak pernah keciciran mata, sama ada tewas atau seri dalam perlawanan. Juga menjadi satu-satunya pasukan dalam saingan liga super yang masih belum tewas.
Berbeza dengan PDRM, dalam lima perlawanan awal, mereka hanya pernah menang sekali sahaja dan sudah tewas sebanyak tiga kali. Di atas kertas, mereka bukan pencabar untuk Harimau Selatan.
Tetapi inilah bola sepak, segala perkara boleh berlaku. Mampukah PDRM mengekang asakan barisan penyerang JDT dalam perlawanan ini nanti? Nantikan pada 31 Julai ini.
Siaran Langsung PDRM vs JDT Dan Live Streaming
Selain daripada menyaksikan di stadium pada hari perlawanan, ianya juga turut disiarkan secara langsung di kaca tv. Jadi orang ramai boleh menyaksikannya meskipun berada di rumah selain berada di stadium.
Perlawanan ini akan disiarkan menerusi saluran Astro Arena 2 (802) dan secara online di Astro. Selain itu, boleh tonton secara live streaming di Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile.
Keputusan Perlawanan PDRM vs JDT
Jangan lupa untuk saksikan aksi Liga Super 2024/2025 minggu ketujuh (LS7) antara PDRM vs JDT yang akan berlangsung pada 31 Julai ini, hari Rabu.
FT : PDRM (1) – (1) JDT
- Shahrel Fikri 22′
- Oscar Arribas 32′
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Majlis Perbandaran Selayang
TV : Astro Arena 2
Live Streaming : Sooka