Senarai Peserta Gimme The Mic Malaysia 2024 (Kerjasama Astro & TikTok)

By aiman

Updated on:

gimme the mic malaysia 2024

Dari skrin kecil kepada skrin besar, kini para peserta bakal menyahut cabaran pertandingan nyanyian menerusi Gimme The Mic Malaysia 2024 iaitu merupakan program terbaru Astro dan kali ini kerjasama bersama platform media sosial, TikTok.

Jika sebelum ini, para TikTokers hanya beraksi menerusi TikTok LIVE iaitu perkhidmatan penstriman secara langsung di platform TikTok. Tapi kali ini, mereka akan beraksi dipentas yang lebih besar yang bersiaran di saluran Astro Ria.

Dalam program terbaru ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, ianya memberi peluang kepada penyanyi baru terutamanya content creator muzik untuk mengembangkan bakat nyanyian mereka.

Bukan itu sahaja, platform ini juga merupakan ruang untuk mempamerkan bakat dan berkongsi karya muzik kepada orang ramai serta membuka ruang buat anak-anak tempatan untuk melangkah ke peringkat antarabangsa.

Advertisements

Ini kerana, juara dan top 6 peserta terbaik akan dipilih di pentas akhir bagi mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa. Untuk info, negara jiran Indonesia juga turut mengadakan Gimme The Mic versi mereka sendiri.

Senarai Peserta Gimme The Mic Malaysia 2024

Untuk musim pertama, seramai 30 peserta telah dipilih bagi menggalas cabaran dalam program Gimme The Mic Malaysia 2024. Daripada ribuan TikTokers yang menyertai sesi uji bakat yang diadakan menerusi platform tersebut, hanya 30 yang dipilih.

Selain daripada kriteria boleh menyanyai dengan baik, sudah pastinya setiap peserta yang menyertai uji bakat perlu mempunyai akaun TikTok. Berikut merupakan senarai 30 peserta Gimme The Mic Malaysia:

1. Alif Kimiey11. Epet Panicroomband21. Bunian
2. Ameerais Azhar12. Fiza Sinha22. Nazz
3. Ary Hussin13. Hazreen Amreena23. RAES
4. Beyla Inara14. Ezan24. Rasz
5. Bulan Asyraff15. Ir Radzi25. Shazreen Shaharum
6. Celine Lai16. Jelly Belyyy26. Shaffiq Sahli
7. Rou Rou17. Junlloyd Egano27. Syamel
8. Chong Han18. Luna28. Xiiaopanda
9. DanHuangGe19. Mamuji29. Zuly Ali
10. Farhan Mustapha20. Mofanora30. Oky Danial

Senarai Panel Juri Sepanjang Program & Pengacara

Disebabkan ianya sebuah program pertandingan nyanyian, kesemua peserta bakal diadili oleh panel juri profesional bagi membentuk dan menegur setiap persembahan yang disampaikan di atas pentas.

Untuk musim kali ini, terdapat 4 juri kesemuanya yang terdiri daripada penyanyi dan penulis lagu terkenal di dunia, Yuna bersama penyanyi popular dari Indonesia, Bunga Cinta Lestari.

Bukan itu sahaja, mereka bakal ditemani oleh komposer hebat dan terkenal dengan komen yang lantang iaitu Ajai serta Hael Husaini iaitu seorang penyanyi terkenal dan ikon muzik industri hiburan Malaysia.

Program ini bakal diceriakan lagi oleh gandingan Sherry Alhadad bersama Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang untuk program dibelakang pentas untuk Live+.

Format Pertandingan Dan Hadiah Juara

Selama 8 minggu, setiap peserta akan membuat persembahan nyanyian dan mempertaruhkan kehebatan vokal di atas pentas secara langsung di hadapan juri. Kesemua mereka bakal diadili oleh juri profesional dan undian TikTok Live.

Advertisements

Setiap minggu, 6 peserta yang mendapat undian tertinggi secara keseluruhan, akan mengisi enam kerusi khas yang dipanggil ‘The Six’. Manakala yang tercorot bakal tersingkir dan meninggalkan Gimme The Mic Malaysia. Pastinya setiap minggu, kedudukan ini baka berubah.

Seterusnya, juara dan enam peserta teratas akan mewakili Malaysia bersaing di pentas antarabangsa. Bukan itu sahaja, juara juga bakal membawa pulang RM10,000 daripada Astro dan USD2,000 daripada TikTok, serta berpeluang menerbitkan single yang ditaja oleh Rocketfuel.

Siaran Langsung Gimme The Mic Malaysia 2024

Jadi jangan terlepas untuk menyaksikan TikTokers kegemaran anda dalam Gimme The Mic Malaysia yang akan bersiaran mulai 21 Julai 2024, setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan di Astro Go.

Selain itu, bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming di platform Sooka sama ada menerusi laman web atau aplikasi mobile.

Senarai Peserta Tersingkir Setiap Minggu

Berikut merupakan senarai peserta tersingkir untuk program Gimme The Mic Malaysia 2024

  • Minggu 1 : Luna, Xiiaopanda, Nazz, Zuly Ali, Fiza Sinha, Aliff Kimiey, Celine Lai, Ezan, IR Radzi dan Chong Han
  • Minggu 2 : Ary Hussin, Beyla Inara, RouRou, Oky Danial, Rasz dan Bunian
  • Minggu 3 : ~ akan dikemaskini

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment