Acara sukan sepak takraw berprestij, Piala Dunia Sepak Takraw 2024 akan berlangsung dari 18 hingga 26 Mei 2024 bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kini Malaysia selaku tuan rumah.
- Senarai Pasukan Bertanding Dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024
- Senarai Kumpulan Bagi Acara Regu, Beregu Dan Acara Berpasukan
- Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan
- Siaran Langsung Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 & Tiket Masuk
- Jadual Penuh Piala Dunia Sepak Takraw 2024
- Keputusan Pasukan Malaysia Terkini
Kali terakhir Malaysia menganjurkan kejohanan ini adalah apda tahun 2011 dan ketika itu, melibatkan 20 negara kesemuanya. Untuk edisi terakhir yang berlangsung di Korea pula, Malaysia berjaya membawa pulang satu perak dan satu gangsa.
Untuk edisi kali ini, terdapat 21 negara yang akan mengambil bahagian bagi merebut gelaran juara dalam setiap acara yang dipertandingkan. 12 pasukan dalam kategori Premier dan 9 pasukan dalam Divisyen 1.
Senarai Pasukan Bertanding Dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Untuk Premier ada 21 negara iaitu Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Myanmar, Vietnam, India, Indonesia, Singapura, Brunei, Jepun, China dan Filipina. Manakala Divisyen 1 terdiri daripada Sri Lanka, Arab Saudi, Perancis, Iran, Taiwan, Nepal, Pakistan, Jerman dan Bangladesh.
Untuk kategori Premier, terdapat 3 acara yang terlibat iaitu Regu, Beregu (Double) dan Piala Khas menerusi acara berpasukan. Manakala untuk Divisyen 1, hanya melibatkan Regu dan Beregu (Double) sahaja dan tiada acara berpasukan.
Senarai Kumpulan Bagi Acara Regu, Beregu Dan Acara Berpasukan
Untuk acara Regu, Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama-sama China dan Brunei. Manakala untuk acara Beregu (Double), pasukan negara berada dalam kumpulan A bersama Brunei dan Jepun.
Untuk acara berpasukan yang hanya melibatkan 12 negara (Premier) ini, Malaysia telah diundi bersama-sama Brunei dan Jepun dalam kumpulan C.
Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan
Berikut merupakan senarai pemain negara yang bakal menggalas tanggungjawab dan memberikan saingan dalam kejohanan ISTAF Sepak Takraw World Cup Kuala Lumpur 2024 kali ini selepas diumumkan oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM):
Farhan Adam, Syahir Rosdi, Syahmi Hussin, Redwan Hakim, Azmirul Zazwan, Shahalril Aiman, Haziq Hairul Nizam, Norfaizzul Abd Razak, Fetri Mohd Azwadi, Aidil Aiman, Noraizat Nordin, Baihakki A’rippin, Zarif Ibrahim, Zaim Razali, Zuhri Muhammad Zain dan Azlan Alias.
Siaran Langsung Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 & Tiket Masuk
Untuk peminat sukan sepak takraw, anda boleh datang ke Stadium Titiwang untuk melihat aksi-aksi hebat daripada pemain bagi setiap negara yang mengambil bahagian dan juga boleh berikan sokongan kepada wakil negara.
Anda boleh dapatkan tiket masuk yang dijual dengan harga bermula RM10 untuk peringkat kumpulan, RM15 untuk separuh akhir dan RM20 untuk aksi final. Anda boleh dapatkan tiket secara online di https://tickethotline.com.my/ atau juga dijual tiket fizila di stadium ketika perlawanan.
Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, jangan risau! Anda turut boleh saksikan aksi perlawanan secara langsung yang akan disiarkan menerusi saluran Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go.
Untuk mereka yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi platform Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga RM29.60 sebulan.
Selain itu, facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) juga akan bawakan perlawanan secara live streaming bagi beberapa game terpilih.
Jadual Penuh Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Berikut merupakan jadual penuh bagi acara regu dan beregu (double) untuk semua 21 pasukan yang bertanding bagi kategori premier dan divisyen 1 dalam kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024:
Ini pula merupakan jadual penuh untuk acara berkumpulan melibatkan 12 pasukan sahaja dalam kategori premier.
Keputusan Pasukan Malaysia Terkini
Ini merupakan jadual perlawanan melibatkan pasukan Malaysia untuk acara regu, beregu (double) dan acara berpasukan dalam Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 kali ini. Manakala keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Acara Regu
[Peringkat Kumpulan]
18 Mei 2024 (Sabtu) – 9.30 pm
- Malaysia (2) – (0) China
- [15-6, 15-7]
19 Mei 2024 (Ahad) – 8.00 pm
- Malaysia (2) – (0) Brunei
- [15-7, 15-7]
[Suku Akhir]
21 Mei 2024 (Selasa) – 2.00 pm
- Malaysia (2) – (0) Singapura
- [15-8, 15-9]
[Separuh Akhir]
21 Mei 2024 (Selasa) – 9.30 pm
- Malaysia (2) – (0) Myanmar
- [15-3, 15-11]
[Final]
22 Mei 2024 (Rabu) – 9.30 pm
- Thailand (0) – (2) Malaysia
- [8-15, 12-15]
Emas – Malaysia
Perak – Thailand
Gangsa – Filipina & Myanmar
Acara Beregu (Double)
[Peringkat Kumpulan]
19 Mei 2024 (Ahad) – 4.30 pm
- Malaysia (2) – (0) Jepun
- [15-9, 15-3]
20 Mei 2024 (Isnin) – 9.30 pm
- Malaysia (2) – (0) Brunei
- [15-9, 15-11]
[Suku Akhir]
21 Mei 2024 (Selasa) – 12.00 pm
- Malaysia (2) – (1) Korea
- [15-11, 15-17, 15-9]
[Separuh Akhir]
21 Mei 2024 (Selasa) – 8.00 pm
- Malaysia (2) – (0) Myanmar
- [15-10, 17-15]
[Final]
22 Mei 2024 (Rabu) – 8.00 pm
- Malaysia (2) – (0) Thailand
- [17-16, 15-13]
Emas – Malaysia
Perak – Thailand
Gangsa – Indonesia & Myanmar
Acara Berpasukan
[Peringkat Kumpulan]
23 Mei 2024 (Khamis) – 3.00 pm
- Malaysia (3) – (0) Brunei
- [15-11, 15-7]
- [15-7, 15-9]
- [15-6, 15-5]
24 Mei 2024 (Jumaat) – 8.00 pm
- Malaysia (3) – (0) Jepun
- [15-13, 15-4]
- [15-5, 15-5]
- [15-5, 15-7]
[Suku Akhir]
25 Mei 2024 (Sabtu) – 12.00 pm
- Malaysia (2) – (0) India
- [15-3, 15-11]
- [15-5, 15-12]
[Separuh Akhir]
25 Mei 2024 (Sabtu) – 8.00 pm
- Indonesia (0) – (2) Malaysia
- [12-15, 9-15]
- [8-15, 7-15]
- Thailand (2) – (0) Korea
- [15-8, 15-9]
- [15-5, 15-10]
[Final]
26 Mei 2024 (Ahad) – 3.00 pm
- Malaysia (1) – (2) Thailand
- [9-15, 15-11, 15-13]
- [8-15, 5-15]
- [12-15, 12-15]
Emas – Thailand
Perak – Malaysia
Gangsa – Indonesia & Korea
1 thought on “Jadual Siaran Langsung Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Dan Keputusan (Malaysia)”