Saingan liga kini bersambung kembali dan perlawanan pertama pada minggu keenam (LS6) ini adalah pertemuan antara Sabah vs Negeri Sembilan.
Perlawanan yang dijadualkan pada 25 Julai ini, merupakan satu-satunya perlawanan yang berlangsung pada hari Khamis dimana ianya akan dimainkan di Stadium Likas di Kota Kinabalu.
Rekod Pertemuan Sabah vs Negeri Sembilan
Untuk musim 2024/2025, kedua-dua pasukan ini masih belum bertemu sesama sendiri dan ini merupakan kali pertama mereka bersua muka sejak awal pembukaan pada Mei lalu.
Pada musim lalu juga, mereka hanya bertemu dalam saingan liga. Daripada pertemuan tersebut, Sabah menang sekali dan seri sekali. Kali terakhir Negeri Sembilan berjaya menundukkan Sabah adalah pada musim 2022.
Adakah Negeri Sembilan mampu untuk mencatatkan kemenangan sekali lagi untuk musim 2024 ini? Atau adakah Sabah mempergunakan sebaiknya kelebihan bermain di halaman sendiri?
Rentak Kemenangan Negeri Sembilan Ingin Diteruskan Untuk Perlawanan Seterusny
Negeri Sembilan pastinya datang dengan semangat yang jitu apabila buat kali pertama meraih kemenangan selepas kekelahan tiga kali berturut-turut sebelum ini.
Skuad Jang Hobing berjaya menundukkan Sri Pahang meskipun mereka bermain di tempat lawan dengan jaringan dua gol tanpa balas.
Momentum tersebut pastinya akan dibawah ke Likas untuk dipergunakan ketika berhadapan dengan Sabah. Setidak-tidaknya mereka mampu untuk membawa pulang mata daripada Borneo.
Siaran Langsung Sabah vs Negeri Sembilan
Perlawanan ini akan disajikan di kaca tv untuk semua penonton yang tidak berkesempatan hadir ke stadium. Jadi anda boleh saksikan di rumah.
Ianya akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 803 atau boleh juga tonton secara live streaming di aplikasi Sooka.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan keputusan perlawanan antara Sabah vs Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super 2024/25 untuk minggu keenam (LS6) yang berlangsung pada 25 Julai 2024 bertempat di Stadium Likas.
FT : Sabah (2) – (0) Negeri Sembilan
- Daniel Ting 14′
- Jafri Firdaus Chew 81′ (P)
Masa : 8.15 malam
Venue : Stadium Likas
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka