Siaran Langsung Sabah vs Selangor [LIVE] Liga Super 2024

By aiman

Updated on:

sabah vs selangor liga super

Minggu kesembilan (LS9) kali ini hanya melibatkan lima perlawanan sahaja bagi saingan Liga Super dan antara yang berlangsung adalah antara Sabah vs Selangor.

Seperti yang dijadualkan, perlawanan ini akan berlangsung pada 13 Ogos 2024, iaitu hari Selasa, bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu. Waktu sepak mula adala pada jam 8.15 malam.

BACA JUGA : Jadual Penuh Liga Super 2024/2025

Selain daripada Penang yang tidak terlibat dalam perlawanan minggu ini, pertemuan Kelantan dan Kuching City juga turut ditangguh. Ini berikutan penutupan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bagi kerja-kerja naik taraf.

Advertisements

Sejarah Pertemuan Antara Sabah vs Selangor

Ini merupakan antara perlawanan hebat untuk minggu ini. Sabah dan Selangor masing-masing mempunyai kekuatan dan mereka juga antara pasukan yang selalu berada di kedudukan teratas.

Jika dilihat dalam lima pertemuan terakhir, masing-masing pernah menang dan tewas. Untuk statistik tersebut, Selangor menang 3 kali dan tewas sekali. Masing-masing pernah meraih keputusan seri sekali.

Kali ini bermain di halaman sendiri, Sabah pastinya tidak mahu pulang dengan tangan kosong. Pastinya akan menggunakan kesempatan ini untuk meriah 3 mata.

Akan tetapi, Selangor juga pastinya tidak tewas kepada Sabah. Mereka pastinya inginkan mata penuh untuk terus memberikan tekanan kepada JDT yang mengungguli carta untuk saingan liga.

Siaran Langsung Sabah vs Selangor – Live Streaming

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan bola sepak antara Sabah vs Selangor yang akan disiarkan secara langsung di kaca tv yang mana anda boleh saksikan di rumah anda.

Perlawanan ini akan disiarkan menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Juga tersedia di platform RTM Klik untuk tontonan secara live streaming :

Advertisements

RTM KLIK : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/okey

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan bagi saingan Liga Super 2024/2025 untuk minggu kesembilan (LS9) antara Sabah vs Selangor yang berlangsung pada Selasa, 13 Ogos 2024.

FT : Sabah (1) – (2) Selangor

  • Safuwan Baharudin 27′ (OG)
  • Ronnie Fernandez 31′
  • Harith Haiqal 86′

Masa : 8.15 malam
Venue : Stadium Likas
Tayangan TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment