Selangor vs Dynamic Herb Cebu merupakan perlawanan yang dinanti-nantikan oleh setiap peminat bola sepak di Malaysia terutamanya penyokong sendiri pasukan The Red Giants. Menjadi wakil tunggal dalam saingan ACL 2.
Selangor yang telah diundi dalam Kumpulan H akan berdepan dengan lawan iaitu wakil daripada kelab Filipina. Masing-masing pastinya menyimpan misi yang sama untuk mencari 3 mata dalam perlawanan ini.
Aksi Perlawanan Pertama ACL 2 Kumpulan H
Pada perlawanan pertama, Selangor FC hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika bertemu wakil Thailand, Muangthong United. Gol tunggal telah dijaringkan oleh top scorer mereka ketika ini iaitu Ronnie Fernandez.
Sementara itu, Dynamic Herb Cebu mengalami kekalahan teruk apabila dibelasah 0-6 oleh Jeonbuk Hyundai Motors FC dari Korea Selatan dalam perlawanan pertama mereka. Pastinya tamparan hebat diterima oleh mereka dalam perlawanan tersebut.
Dengan keputusan ini, Selangor kini berada di kedudukan ketiga dalam Kumpulan H dengan satu mata, manakala Cebu FC di tangga terakhir tanpa sebarang mata.
Pertandingan seterusnya adalah peluang untuk Selangor mendapatkan tiga mata penuh dan meningkatkan kedudukan mereka dalam kumpulan ini.

Sejarah Pertemuan Selangor vs Dynamic Herb Cebu
Pertemuan ini merupakan yang pertama bagi kedua-dua pasukan dalam perlawanan kompetitif. Masing-masing akan menguji kekuatan buat kali pertama dan menentukan pasukan manakah yang lebih hebat dalam perlawanan.
Selangor, sebagai wakil Malaysia yang telah dikenali dalam pentas bola sepak Asia, kini berada dalam prestasi baik di Liga Super, menduduki kedudukan kedua dengan 25 mata. Mereka memiliki pengalaman dan kekuatan yang cukup untuk menghadapi pasukan dari Filipina.
Di pihak Dynamic Herb Cebu, mereka baru sahaja memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Philippines Football League pada 29 September yang lalu, dan kini berdepan dengan cabaran yang besar dalam saingan ACL2.
Siaran Langsung Selangor vs Dynamic Herb Cebu Live Streaming
Perlawanan Selangor vs Dynamic Herb Cebu ini dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober 2024, hari Khamis, dengan waktu sepak mula pada pukul 8.00 malam. Aksi ini akan diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Bagi peminat yang tidak dapat hadir secara fizikal ke stadium, siaran langsung perlawanan ini boleh disaksikan di saluran Astro Arena Bola 803 dan juga secara live streaming di Sooka. Tiket untuk menyaksikan perlawanan di stadium boleh didapati melalui laman web https://tickethotline.com.my/.
Keputusan Perlawanan
FT : Selangor (1) โ (0) Dynamic Herb Cebu
- Orozco 10โฒ
Masa : 8.00 Malam
Venue : Stadium MBPJ
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka
Dengan prestasi semasa yang memihak kepada Selangor, mereka dijangka tidak berdepan masalah besar untuk meraih kemenangan dalam perlawanan ini.
Bagi peminat Selangor, ini adalah peluang untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di pentas antarabangsa. Stadium pastinya akan dipenuh penonton pada malam perlawanan.