Siaran Langsung [Live Streaming] Selangor vs Kelantan Liga Super 2024

By aiman

Updated on:

selangor vs kelantan liga super

Selangor vs Kelantan Daru Naim merupakan perlawanan pembukaan bagi hari kedua, minggu kelapan (LS8) dalam saingan Liga Super kali ini. Perjalanan liga kini menjadi semakin menarik untuk disaksikan.

Perlawanan ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 10 Ogos 2024 bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan waktu sepak mula jam 5.30 petang. Selangor akan menjadi tuan rumah kepada Kelantan.

Perlawanan ini pastinya dinantikan oleh semua peminat bola sepak tempatan. Ini kerana, kemungkinan Faisal Halim mungkin diturunkan setelah berehat panjang sebelum ini. Dalam saingan Piala FA, beliau berada di bangku simpanan. Mungkin kali ini, beliau akan beraksi.

Advertisements

BACA JUGA : Faisah Halim Kembali Dalam Aksi Piala FA Perlawanan Kedua Menentang Terengganu

Selangor Perlu Mengambil Kesempatan Dalam Perlawanan Ini

Selangor kini menjadi antara pesaing terdekat kepada pendahulu liga, JDT bagi merebut gelaran takhta liga tersebut. Ini kerana, Selangor yang berada di tangga kedua, hanya dipisahkan 6 mata sahaja.

Jadi pertembungan antara Selangor vs Kelantan ini, sepertinya memberikan banyak kelebihan kepada skuad Red Giants. Tidak boleh tidak, mereka perlu mengambil peluang ini dengan sebaiknya.

Bermain di halaman sendiri, memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah. Kini hampir setiap minggu, stadium dipenuhi oleh peminat dan penyokong Selangor. Jadi sedikit sebanyak memberikan tonik tambahan kepada pemain.

Bukan itu sahaja, bertemu Kelantan juga memberikan kelebihan. Dalam tujuh perlawanan setakat ini, Kelantan hanya menang sekali dan telah tewas sebanyak enam kali. Selangor perlu mengambil kesempatan dengan prestasi ini untuk peroleh 3 mata penting.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan melibatkan Selangor vs Kelantan yang berlangsung pada hari Sabtu, 10 Ogos 2024.

Advertisements

FT : Selangor (2) – (0) Kelantan

  • Ronnie Fernandez 66′, 86

Masa : 5.30 pm
Venue : Stadium MBPJ
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Siaran Langsung Dan Live Streaming Selangor vs Kelantan

Untuk yang menonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran berbayar Astro di Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Manakala untuk tonton secara live streaming boleh menggunakan SOOKA :

Sooka : https://sooka.my/en/watch/channel/arena-bola/1440396

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment