Senarai Barang Yang Boleh Diambil Dari Hotel Tanpa Dikenakan Bayaran

By aiman

Published on:

barang yang boleh diambil dari hotel

Bagi yang bercuti dan menginapan di hotel terutamanya, pasti ada yang tertanya-tanya apakah barang yang boleh diambil dari hotel tanpa dikenakan bayaran. Banyak barangan yang disediakan untuk tetamu biasanya kan.

Hotel hampir kesemuanya akan menyediakan pelbagai kemudahan dan beberapa barangan keperluan bagi memastikan tetamu yang menginap berasa selesa. Sediakan segala kelengkapan untuk kegunaan pelanggan mereka.

Namun, ramai yang tertanya-tanya, adakah barang-barang tersebut boleh dibawa pulang sekiranya masih belum habis digunakan. Mungkin ada yang berminat terhadap barang-barang tersebut dan ingin bawa pulang tanpa dikenakan sebarang caj atau bayaran.

Sebenarnya, terdapat beberapa barangan yang disediakan khas untuk kegunaan peribadi tetamu yang juga boleh diambil secara percuma sebagai cenderahati atau digunakan di rumah. Ini termasuk barangan kecil seperti sabun, syampu, atau selipar.

Walau bagaimanapun, ada juga barangan yang harus dikembalikan atau tidak boleh diambil, seperti tuala, jubah mandi, dan perabot kecil. Tetapi kebiasaanya, barang-barang ini boleh dibawa pulang tapi perlu dibeli terlebih dahulu.

Advertisements

Senarai Barang yang Boleh Diambil dari Hotel Tanpa Dikenakan Bayaran

Berikut merupakan senarai antara barang yang boleh diambil dari hotel untuk dibawa pulang dan tiada dikenakan sebarang bayaran. Ambil secara percuma.

1. Sabun, Syampu, dan Peralatan Mandi Kecil

Kebanyakan hotel menyediakan sabun, syampu, dan conditioner dalam saiz kecil yang direka khas untuk kegunaan tetamu semasa menginap. Barangan ini biasanya boleh diambil kerana ia dianggap sebagai barangan sekali guna.

Itu sekiranya diletakkan di dalam botol kecil. Tapi jika disediakan dalam botol besar atau diletakkan di dinding, jangan pula ambil. Itu menandakan, ianya akan terus berada di tempat tersebut bagi kegunaan tetamu yang lain juga.

barang yang boleh diambil dari hotel sabun shampoo

2. Berus Gigi dan Ubat Gigi

Sesetengah hotel menyediakan berus gigi, ubat gigi, dan set penjagaan mulut lain seperti pembersih mulut. Ini juga barangan yang boleh diambil kerana ia dimaksudkan untuk kegunaan peribadi.

Tapi jika tidak ambil pun, berus gigi yang telah digunakan pastinya akan dibuang ketika proses pembersihan dibuat.

barang yang boleh diambil dari hotel berus gigi

3. Selipar

Selipar hotel, terutamanya di hotel bertaraf 4 bintang dan keatas, adalah salah satu item yang boleh diambil oleh tetamu. Ia biasanya direka untuk kegunaan sekali pakai, jadi tidak menjadi masalah jika tetamu membawa pulang selipar tersebut sebagai cenderahati.

Kebiasaanya selipar ini nipis dan digunakan di dalam hotel sahaja.

barang yang boleh diambil dari hotel selipar

4. Air Mineral

Hampir kesemua hotel akan disediakan botel air mineral. Ianya diberi secara percuma untuk semua tetamu. Kebiasaanya jika air mineral tersebut habis, anda masih boleh minta lagi tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Tapi mungkin juga, air mineral tersebut anda tidak habis minum. Jadi anda boleh bawa pulang bersama botel tersebut. Itulah antara barang yang boleh diambil dari hotel tanpa dikenakan sebarang bayaran.

barang yang boleh diambil dari hotel air mineral

5. Buku Nota dan Pensil

Kebanyakan hotel menyediakan buku nota kecil dan pensil di meja utama atau meja kecil tepi katil. Ianya antara barang yang boleh diambil dari hotel. Kedua-dua item ini biasanya tidak berjenama tetapi dilakar dengan logo hotel dan dianggap sebagai cenderahati yang boleh dibawa pulang.

Advertisements
barang yang boleh diambil dari hotel note pad

6. Paket Kopi, Teh, dan Gula

Di ruang pantri dalam bilik hotel, paket minuman segera seperti kopi, teh, dan gula sering disediakan untuk tetamu. Barangan ini adalah sebahagian daripada kemudahan bilik dan boleh dibawa pulang jika tidak digunakan semasa penginapan.

barang yang boleh diambil dari hotel kopi teh

7. Laundry Bag

Akhir sekali, antara barang yang boleh diambil dari hotel adalah laundry bag. Jika pihak hotel ada menyediakan laundry bag, sebenarnya ianya juga boleh diambil dan dibawa pulang tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Kebiasaanya hotel menyediakan bag jenis plastik dan hotel 4-5 bintang menyediakan jenis kain. Ianya boleh dibawa pulang.

barang yang boleh diambil dari hotel laundry bag

Jadi jika selepas ini anda bercuti dan menginap di hotel dan barang-barang ini anda boleh guna secara percuma. Tapi sekiranya tidak digunakan, barang ini anda boleh ambil dan bawa pulang mungkin sebagai cenderamata.

Namun, adalah penting untuk mengetahui batasan dan mengelakkan mengambil barang-barang seperti tuala, jubah mandi, atau perabot yang jelas merupakan sebahagian daripada barangan hotel tersebut.

Jadi itulah antara barang-barang yang boleh diambil dari hotel dan dibawa pulang tanpa dikenakan sebarang bayaran atau percuma.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment