Senarai Harga Pasport Malaysia Antarabangsa Terbaru Untuk Renew, Jemaah Haji Dan Sebagainya

By aiman

Published on:

harga pasport malaysia antarabangsa

Pasti ada yang tertanya-tanya, sekarang berapa harga pasport Malaysia antarabangsa kalau nak renew. Berapa bayaran yang perlu disediakan jika ingin mohon baru atau pembaharuan?

Pasport Malaysia antarabangsa adalah dokumen penting bagi rakyat Malaysia yang ingin melancong, bekerja, atau belajar di luar negara. Jika di Malaysia, kita ada myKad, tapi di luar negara, kita ada pasport.

Advertisements

Memahami senarai harga bayaran pasport Malaysia antarabangsa adalah langkah pertama untuk memastikan proses permohonan berjalan lancar.

Senarai Bayaran Dan Harga Pasport Malaysia Antarabangsa

Jabatan Imigresen Malaysia menawarkan beberapa jenis pasport dengan harga yang berbeza mengikut kategori umur dan tempoh sah laku. Berikut adalah senarai harga terkini:

  • Permohonan Biasa atau renew (13-59 tahun) = RM200 (5 tahun)
  • Warga Emas (60 tahun ke atas) = RM100 (5 tahun)
  • Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah) = RM100 (5 tahun)
  • Pelajar Mengikut Program Ijazah Luar Negara (21 tahun kebawah) = RM100 (5 tahun)
  • Jemaah Haji (Surat Tawaran Dari Lembaga Tabung Haji) = RM100 (5 tahun)
  • Orang Kelainan Upaya (OKU) = Percuma

Proses Permohonan Pasport

Untuk memohon pasport, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

Advertisements
  1. Sediakan Dokumen seperti Kad pengenalan (MyKad) atau sijil kelahiran untuk kanak-kanak. Bawa juga gambar pasport terkini (latar belakang putih).
  2. Buat Temujanji: Layari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk membuat temujanji dalam talian.
  3. Bayaran: ayaran boleh dibuat secara tunai atau kad debit/kredit di kaunter imigresen.

Tips Berguna

  • Pastikan semua dokumen lengkap sebelum ke kaunter imigresen.
  • Elakkan musim cuti sekolah untuk mengelakkan kesesakan.

Untuk info lanjut, anda boleh rujuk portal Jabatan Imigresen Malaysia atau klik di pautan Pasport Malaysia Antarabangsa disini. Dengan maklumat harga pasport Malaysia ini, anda kini bersedia untuk memulakan proses permohonan pasport anda. Selamat melancong!

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment