Senarai Lagu Raya 2025 – Serumpun, Raya Nak Ke Mana Ada, Meriah Lain Macam Aidilfitri Kali Ni

By aiman

Published On:

Follow Us
lagu raya 2025

Persiapan baju raya dah siap! kuih raya dah siap! Tapi masih belum cukup meriah lagi? Ini sebab playlist Lagu Raya 2025 masih belum cukup. Jom kita tengok senarai lagu yang bakal memeriahkan Aidilfitri kali ini.

Isi Kandungan

Setiap tahun, pasti ada lagu raya baru yang menceriakan suasana di samping lagu klasik evergreen yang tetap malar segar. Tahun 2025 juga tidak terkecuali, banyak lagu raya yang best-best dan boleh sing along.

Kalau anda tengah cari lagu raya 2025 terbaik untuk dimainkan sepanjang Syawal ini, jangan risau, kami dah kumpulkan senaria lengkap untuk anda. Kita tengok mana yang trending tahun ni.

Senarai Lagu Raya 2025

Berikut merupakan senarai Lagu Raya khas yang dikeluarkan sepanjang tahun 2025. Boleh klik pada pautan Youtube yang disediakan:

No.

Lagu

Penyanyi

Link

1

Raya Ya Ya

Iman Troye, Dato’ Sri Aliff Syukri

2

Meriah Lain Macam

Hael Husaini & Nadeera

3

Serumpun

Mimifly

4

Raya Nak Ke Mana?

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

5

Lagi Lagi Tak Dapat Raya

Floor 88 & Baby Shima

6

Aidilfitri Di Malaysia

Douglas Lim

7

Raya Pum Pang

Fazura, Syasya Rizal

8

Ketipak Ketipung Raya 2025

Aziz Harun & Aisha Retno

9

Tum Tum Raya

Shiha Zikir & Ieda Zikir

10

Raya Kan

Iman Troye, Angga Dermawan

11

Aiwahhh Raya

Ojenn Aiwahhh

12

Dam Dim Dum Raya

Nadeera

12

Senyum-Senyum Raya

Aliff Satar & The Locos

13

Balik Kampung… Gosip Raya

Ain Edruce, Sherry Alhadad

14

Zapin Malam Raya

Ara Johari ft. Trio Latah

15

Janji Happy Hari Raya

Iman Troye, Dalia Farhana, Zubir Khan, Naim Daniel, Alya Mardien

16

Salam Salam Lebaran

Iman Troye

17

Hari Lebaran

Siti Nordiana

18

Raya Sempoi

Naqiu

19

Cerita Agy Raya

Agy & Family

20

Cerita Malam Raya

Luqman Podolski

21

Teman Raya

Alieff Irfan ft. Bellestrelle

22

Raya GenZ

Alyssa Dezek, Ara Aziz, Qadejah Aliff Syukri, Cik B

23

Syawal Berseri

3P

24

Satu Suara Raya

Jessie Ching

25

Nyam Nyam Ketupat

Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania & Miss Alvy

26

Jom Balik Kampung

Usop, Aiman, Fieya, Luqman, Arul, Syazwan, Kyra & Qhdijah

27

Raya Telah Tiba

Wany Hasrita

28

Tak Balik Raya

Umairah

29

Kueh Raya

Achey

30

Jom Raya

Daiyan Trisha ft. Alfie Zumi

31

Meriahnya Hari Raya

Iera Milpan

32

Sebulan Raya

Bunga

33

Inikan Hari Raya

Andi Bernadee

34

Darbuka Raya

Nuha Bahrin, Ezra Kairo

35

Jodoh Hari Raya

Dayang Nurfaizah

Dah habis tengok senarai lagu raya 2025? Cukup ke? Mesti dah terasa bahang Hari Raya, kan? Tak kisahlah lagu lama ke lagu baru, yang penting suasana raya jadi lebih meriah bila irama lagu raya berkumandang. Dari lagu yang buat kita teringat kenangan zaman kecil sampai lagu baru yang tengah viral, semuanya ada untuk memeriahkan Syawal.

BACA JUGA : Lirik Lagu Serumpun Daripada Mimifly

Jadi, jangan lupa buat playlist terbaik untuk sambut Hari Raya tahun ni! Pasang masa tengah sibuk siapkan juadah, masa konvoi raya balik kampung, atau sekadar santai dengan keluarga. Lagu yang best, makanan sedap, dan suasana penuh kegembiraan—itulah resipi raya paling sempoi!

Kalau ada lagu raya yang anda rasa wajib masuk dalam senarai, jangan malu-malu nak kongsi. Agaknya mana lagu terpaling trending tahun 2025 ni? Apa pun, selamat menyambut Hari Raya! Semoga tahun ini lebih bermakna, penuh keceriaan, dan yang penting—meriah dengan muzik raya!

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Senarai Lagu Raya 2025 – Serumpun, Raya Nak Ke Mana Ada, Meriah Lain Macam Aidilfitri Kali Ni”

Leave a Comment