Senarai Lokasi Pasar Malam Temerloh 2025

By aiman

Published On:

Follow Us
lokasi pasar malam temerloh

Nak tahu kat mana nak cari makanan sedap, murah dengan suasana meriah? Pasar malam Temerloh memang tempat terbaik untuk ‘food hunting’. Dari gerai nasi lemak panas-panas, ayam gunting, sate, sampai ke air balang pelbagai warna dan semuanya ada di pasar malam Temerloh.

Tak hairanlah lokasi-lokasi pasar malam di sekitar Temerloh jadi tumpuan ramai, tak kira warga tempatan atau pengunjung luar. Setiap kawasan ada hari dan tempat tersendiri, jadi penting untuk tahu kat mana nak tuju ikut hari.

Bukan sekadar makanan je, pasar malam ni juga port cari barangan harian, pakaian, aksesori dan kadang-kadang ada juga peniaga jual pokok atau mainan kanak-kanak. Suasana meriah dengan cahaya lampu gerai dan bau makanan yang menggoda memang buat sesiapa pun rasa nak singgah.

Untuk tahun 2025, senarai lokasi pasar malam Temerloh mungkin ada beberapa perubahan dari tahun sebelum ni. Jadi elok sangat kalau tahu jadual dan tempat terkini supaya tak terlepas peluang mencuba makanan kegemaran anda.

Sama ada anda orang Temerloh sendiri atau sekadar singgah bercuti, info ni pasti berguna untuk rancang jalan-jalan malam anda. Jom tengok lokasi pasar malam yang happening kat Temerloh untuk tahun ni!

Senarai Tapak Dan Lokasi Pasar Malam Temerloh

Berikut merupakan senarai tapak dan lokasi Pasar Malam Temerloh terkini. Jadi anda boleh datang mengikut hari yang ditetapkan bagi setiap lokasi

  • Pasar Malam Taman Temerloh Jaya – Isnin
  • Pasar Malam Taman Saga – Isnin
  • Pasar Malam Desa Murnin – Isnin
  • Pasar Malam Temerloh – Selasa
  • Pasar Malam Kg. Dato’ Shariff Ahmad – Selasa
  • Pasar Malam Taman Tualang Indah – Rabu
  • Pasar Malam Pakr Seri Pakr Kumuning – Rabu
  • Pasar Malam Sri Ketumbit – Rabu
  • Pasar Malam Kuala Krau – Jumaat
  • Pasar Malam Lanchang – Jumaat
  • Pasar Malam Chatin – Jumaat
  • Pasar Malam Taman Bukit Bendera – Sabtu
  • Pasar Malam Seri Kerinau – Sabtu
  • Pasar Malam Desa Jaya – Ahad
  • Pasar Malam Mentakab – Setiap Malam

Senarai lokasi pasar malam Teemerloh ini seperti yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Temerloh, (MPT).

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment