Senarai Lokasi Pawagam IMAX Di Seluruh Malaysia (GSC & TGV)

By aiman

Published On:

Follow Us
lokasi pawagam imax

Kalau boleh nak juga merasa pengalaman menonton di panggung wayang dengan kualiti paling terbaik. Jadi pilihan yang ada adalah panggung wayang IMAX yang pastinya terbaik berbanding pawagam biasa.

IMAX atau singkatan kepada Image Maximum iaitu merupakan satu format dengan teknologi pawagam khas yang direka untuk memberikan pengalaman menonton filem di pawagam dengan skrin yang lebih besar dan lebih jelas.

Ciri Utama Pawagam IMAX

Antara ciri-ciri utama IMAX adalah mempunyai skrin yang sangat besar berbanding yang biasa. Selalunya skrin tersebut direka melengkung dan lebih tinggi. Bukan itu sahaja, ianya juga menawarkan resolusi sangat tinggi. Jadi gambar nampak lebih tajam dan detail.

Selain daripada kualiti gambar, sistem bunyi juga lebih ‘surround’ dan berkuasa. Erti kata lain, format ini berkali ganda lebih baik daripada pawagam biasa. Disebabkan itu juga, tak semua tempat ada format seperti ni.

Akan tetapi, bukan semua filem yang ditayangkan availabe untuk format IMAX. Hanya beberapa filem terbaik sahaja. Biasanya filem antarabangsa sahaja ada format IMAX ini. Filem tempatan yang pertama setakat ini hanya Malbatt Misi Bakara.

pawagam imax

Senarai Lokasi Pawagam IMAX Di Malaysia

Setakat ini hanya GSC dan TGV sahaja yang menyediakan format ini di pawagam mereka. Jadi jom kita tengok senarai lokasi IMAX di seluruh Malaysia :

1) GSC

Setakat ini terdapat 4 lokasi pawagam yang menyediakan format ini iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor

  • Aurum Theatre, The Exchange TRX
  • GSC IOI City Mall 2
  • GSC KL East Mall
  • GSC Mid Valley Southkey

2) TGV

TGV lebih menarik kerena mereka mempunyai 5 lokasi yang menyediakan format IMAX iaitu di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak

  • TGV Sunway Pyramid
  • TGV Central I-City
  • TGV Tebrau City
  • TGV Gurney Paragon
  • TGV Vivacity Kuching

Harga Tiket Pawagam IMAX Di GSC Dan TGV

Disebabkan dengan peningkatan kualiti dari segi gambar dan bunyi, pastinya harga tiket berbeza dengan pawagam biasa. Jadi berikut merupakan antara harga tiket yang ditawarkan bagi format IMAX di GSC dan TGV:

GSCTGV
HargaRM33.50RM35

Anda boleh beli tiket di kaunter atau kiosk di lokasi yang disenaraikan seperti diatas. Atau boleh juga dapatkan tiket secara online menerusi laman web https://www.gsc.com.my/ atau aplikasi GSC atau di https://www.tgv.com.my/ atau di aplikasi TGV.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now