Senarai Pemenang ABPBH 36 Tahun 2024

By aiman

Updated on:

pemenang abpbh 36 tahun 2024

Pemenang ABPBH 36 tahun 2024 sekali lagi menghangatkan industri hiburan tanah air dengan pelbagai nama besar dan bakat baru yang berjaya meraih perhatian peminat. .

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan salah satu acara anugerah hiburan paling berprestij di Malaysia yang memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air.

Bagi edisi ke-36, ABPBH 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober 2024 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor. Dengan tema #TEGUH, ABPBH tahun ini menjanjikan malam yang penuh glamor, mengiktiraf selebriti popular hasil undian peminat dari seluruh negara.

Sejarah dan Pengaruh ABPBH

ABPBH pertama kali diadakan pada tahun 1987, dan sejak itu ia terus berkembang menjadi acara yang paling dinanti-nantikan dalam industri hiburan Malaysia.

Advertisements

Anugerah ini berfungsi sebagai platform untuk mengiktiraf bakat dalam pelbagai kategori seperti pelakon, penyanyi, pengacara, penyampai radio dan banyak lagi.

Dengan penglibatan ribuan peminat yang mengundi melalui platform undian rasmi, ABPBH memberikan gambaran jelas mengenai populariti artis dalam kalangan masyarakat umum.

Melalui ABPBH, ramai artis baru dan lama menerima penghargaan atas dedikasi dan usaha mereka dalam industri hiburan.

Di samping itu, anugerah ini juga membuka ruang untuk artis memperkukuh hubungan dengan peminat mereka, sekali gus memperluas pengaruh dan populariti dalam dunia hiburan.

Kategori dan Calon Terhangat ABPBH 2024

Tahun ini, ABPBH menampilkan pelbagai kategori yang mencerminkan landskap hiburan yang semakin berkembang. Antara kategori yang paling dinanti-nantikan termasuk Pelakon Filem Popular, Penyanyi Popular, dan Artis Versatil Popular.

Beberapa nama besar yang dijangka mendominasi ABPBH 2024 termasuk Aina Abdul, Khai Bahar, Zizan Razak, Janna Nick, dan Fasha Sandha, yang masing-masing telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang mereka

aina abdul pemenang abpbh 36

Selain itu, kategori penyampai radio, pelawak, dan pengacara turut menarik perhatian ramai. Malam malam kemuncak tersebut, Didie Alias, Riena Diana dan Haniff Hamzah yang akan turut memeriahkan malam anugerah sebagai pengacara.

Advertisements

Siaran Langsung dan Platform Penstriman

Seperti tahun-tahun sebelumnya, ABPBH 2024 akan disiarkan secara langsung di TV3, membolehkan jutaan penonton di seluruh negara menyaksikan anugerah ini dari rumah.

Bagi mereka yang lebih gemar menonton secara dalam talian, acara ini juga boleh diakses melalui platform Tonton. Ini membolehkan penonton mengikuti perkembangan anugerah dengan lebih mudah dan interaktif, di mana-mana sahaja mereka berada.

Penstriman dalam talian turut memberikan peluang kepada peminat luar negara untuk menonton artis kegemaran mereka di pentas berprestij ini, sekaligus meningkatkan lagi pengaruh ABPBH ke peringkat antarabangsa.

Senarai Pemenang ABPBH 36 Untuk Tahun 2024

Berikut merupakan senarai penuh pemenang ABPBH 36 untuk setiap kategori yang dipertandingkan termasuk anugerah utama, Artis Paling Popular

Artis Paling PopularAina Abdul (8,882,662 undian)
  1. Artis Baharu Lelaki Popular – Shah Radhy
  2. Artis Baharu Wanita Popular – Erysha Emyra
  3. Penyanyi Lelaki Popular – Khair Bahar
  4. Penyanyi Wanita Popular – Aina Abdul
  5. Aktor Filem Popular – Aedy Ashraf
  6. Aktres Filem Popular – Fasha Sandha
  7. Aktor Pembantu Filem Popular – Alif Hadi
  8. Aktres Pembantu Filem Popular – Raja Ema
  9. Aktor TV Popular – Hun Haqeem
  10. Aktres TV Popular – Anna Jobling
  11. Aktor Pembantu TV Popular – Shah Iskandar
  12. Aktres Pembantu TV Popular – Rita Rudaini
  13. Penyampi Radio Popular – Khairy Jamaluddin (KJ)
  14. Pengacara TV Popular – Uyaina Arshad
  15. Artis Komedi Popular – Senario
  16. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Dolla
  17. Anugerah Pencapain Sepanjang Hayat – Datuk Hashim Said (S. Atan)
  18. Ekstra Tonton Paling Popular (Artis Sensasi Popular) – Siti Nordiana

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment