Juara Dan Pemenang Gimme The Mic Malaysia 2024 Dan Top 6 Yang Layak Ke Peringkat Global

By aiman

Updated on:

pemenang gimme the mic malaysia 2024

Kini sudah memasuki episod kelapan yang juga terakhir dan pastinya ramai ingin ketahui siapakah juara dan pemenang Gimme The Mic Malaysia 2024 dan senarai Top 6 yang bakl pergi ke peringkat global.

Seramai sepuluh finalis terbaik yang bertanding bagi merebut gelaran juara dan konsert akhir pastinya menjadi acara yang dinanti-nantikan dan ramai tertanya-tanya siapakah yang bakal muncul juara untuk musim pertama ini dalam TikTok Live X Astro Gimme The Mic Malaysia 2024.

Senarai 10 Peserta Akhir Gimme The Mic Malaysia 2024

Daripada 30 peserta awal dan kini hanya tinggal 10 yang meneruskan cabaran dan sekali gus merebut gelaran juara. Mereka ialah Farhan Mustapha, Syaffiq Sahli, Jelly Belly, Shazreen Shaharum dan Bulan Asyraff.

Advertisements

Selain itu, terdapat juga finalis Ameerais, Junlloyd Egano, Raes, Syamel Amzah dan Epet yang mana kesemuanya akan bersaing di atas satu pentas yang sama bagi merebut takhta kejuaraan dan slot Top 6 tersebut.

BACA JUGA : Info Dan Senarai Penuh Peserta Gimme The Mic Malaysia 2024

Sepanjang pertandingan ini, para peserta telah menunjukkan kehebatan vokal dan kreativiti masing-masing yang mana masing-masing telah persembahan mereka yang konsisten dan mengagumkan

Setiap minggu, mereka berjaya memukau para juri serta penonton dengan pelbagai genre lagu. Bagi malam akhir ini, setiap peserta diberikan kebebasan untuk memilih lagu yang mampu menyerlahkan kekuatan vokal dan karisma pentas mereka.

Tugasan ini penting kerana persembahan akhir bukan sahaja akan dinilai oleh juri, malah akan mendapat sokongan penonton di rumah yang turut memainkan peranan dalam menentukan pemenang

Advertisements

Juara pertandingan bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 daripada Astro, beserta USD 2,000 daripada TikTok serta peluang menerbitkan album single mereka.

Konsert final Gimme The Mic Malaysia 2024 bakal bersiaran pada hari Ahad, 15 September 2024, jam 9.00 malam daripada Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria 104 dan live streaming di Sooka.

Senarai Pemenang Gimme The Mic Malaysia 2024

Berikut merupakan senarai pemenang Gimme The Mic Malaysia 2024 beserta peserta Top 6 atau Grand 6 yang akan mewakil negara di peringkat global

JuaraFarhan Mustapha
Grand 6Farhan Mustapha, Jelly Belly, Shazren Shahrum, Syafiq Sahli, Amerais & Bulan Asyraff

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment