Senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sehingga Kini (2024)

By aiman

Published on:

senarai yang di-pertuan agong malaysia hingga kini

Untuk informasi, disini disenaraikan Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari yang pertama hingga kini dan terbaru untuk tahun 20224. Bukti sebagai Malaysia sebuah negara berdaulat dengan adanya institusi beraja.

Yang di-Pertuan Agong adalah gelaran rasmi bagi Raja Persekutuan Malaysia. Institusi ini mempunyai sejarah dan juga berperanan dalam sistem pemerintahan di Malaysia yang mana telah ditubuhkan sejak tahun 1957.

Advertisements

Sistem pemilihan sebagai YDP Agong adalah unik kerana ianya melibatkan secara penggiliran antara sembilan Raja Melayu dari negeri-negeri yang beraja. Setiap Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk tempoh lima tahun oleh Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada kesemua Raja Melayu.

Institusi Yang di-Pertuan Agong adalah sangat penting dalam sistem pemerintahan negara Malaysia. Sejarah dan sumbangan para YDP Agong telah membentuk negara ini menjadi sebuah negara yang aman dan harmoni.

Baginda bertanggungjawab dalam memastikan keadilan dan kestabilan negara dan sudah pastinya memelihara keharmonia antara kaum dan agam. Juga praktikal dalam politik dan masyarakat Malaysia.

Advertisements

Senarai Penuh Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Berikut merupakan senarai penuh Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari yang pertama tahun 1957 hingga terkini tahun 2024.

BilYang di-Pertuan AgongTempoh PemerintahanNegeri
1Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad3 Ogos 1957 – 1 April 1960Negeri Sembilan
2Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah14 April 1960 -1 September 1960Selangor
3Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail21 September 1960 – 20 September 1965Perlis
4Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin21 September 1965 – 20 September 1970Terengganu
5Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah21 September 1970 – 20 September 1975Kedah
6Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim21 September 1975 – 29 Mac 1979Kelantan
7Al-Marhum Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah26 April 1979 – 25 April 1984Pahang
8Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail26 April 1984 – 25 April 1989Johor
9Al-Marhum Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah26 April 1989 – 25 April 1994Perak
10Al-Marhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman26 April 1994 – 25 April 1999Negeri Sembilan
11Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj26 April 1999 – 21 November 2001Selangor
12Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail13 Disember 2001 – 12 Disember 2006Perlis
13Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah13 Disember 2006 – 12 Disember 2011Terengganu
14Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah13 Disember 2011 – 12 Disember 2016Kedah
15Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V13 Disember 2016 – 6 Januari 2019Kelantan
16ebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah31 Januari 2019 – 30 Januari 2024Pahang
17Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar31 Januari 2024 – KiniJohor

Sumber : www.parlimen.gov.my

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment