Siaran Langsung Live Streaming Shandong Taishan vs JDT Dalam Aksi ACLE 2024

By aiman

Updated on:

shandong taishan acle 2024

Saingan AFC Champions League Elite (ACLE) 2024 kini semakin mendebarkan dengan perlawanan kelima yang akan mempertemukan Shandong Taishan vs JDT.

Perlawanan ini dijangka menarik perhatian ramai peminat bola sepak, terutama penyokong kedua-dua pasukan yang ingin melihat aksi pasukan kesayangan mereka.

Pertemuan ini dijadualkan berlangsung pada 26 November 2024, hari Selasa, dengan waktu sepak mula tepat pada pukul 8 malam waktu Malaysia. Shandong Taishan akan menjadi tuan rumah, di mana perlawanan akan diadakan di Jinan Olympic Sports Center, Jinan, China

Bagi yang tidak dapat hadir ke stadium, perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803. Selain itu, peminat juga boleh menonton secara live streamin di Sooka untuk memastikan mereka tidak terlepas aksi yang mendebarkan.

Advertisements

Prestasi Semasa Shandong Taishan vs JDT Sepanjang Kejohanan

Melihat kepada prestasi semasa, JDT tampak lebih menyerlah dalam saingan ACLE 2024. Selepas empat perlawanan, JDT telah mengumpul 7 mata, hasil daripada dua kemenangan dan satu keputusan seri.

BACA JUGA : Kedudukan Terkini Zon Timur Melibatkan JDT Dalam ACLE 2024

Sebaliknya, Shandong Taishan hanya berjaya meraih 4 mata dengan satu kemenangan dan telah tewas sebanyak 2 kali berbanding JDT hanya sekali sahaja.

Walaupun diatas kertas, JDT dengan sedikit kelebihan, kelebihan tuan rumah berkemungkinan besar akan menjadi faktor penting bagi Shandong Taishan untuk memberikan tentangan sengit.

Sokongan padu penyokong mereka di Jinan Olympic Sports Center pasti menjadi dorongan untuk tampil lebih garang dalam perlawanan ini.

Rekod Pertemuan Kedua-dua Pasukan

Menariknya, ini merupakan kali pertama perlawanan Shandong Taishan vs JDT terjadi dalam perlawanan kompetitif. Oleh itu, rekod antara JDT dan Shandong Taishan masih kosong, menjadikan perlawanan ini platform terbaik untuk menilai kekuatan sebenar mereka.

Dari segi sejarah pencapaian, Shandong Taishan pernah mara hingga ke peringkat suku akhir dalam saingan AFC Champions League, menunjukkan pengalaman mereka di pentas Asia.

Sebaliknya, JDT setakat ini hanya pernah mara ke pusingan 16 terbaik, tetapi dengan prestasi yang semakin meningkat, mereka mampu memberi cabaran besar kepada tuan rumah.

Ramalan dan Harapan

Perlawanan Shanghai Taishan vs JDT ini dijangka berlangsung sengit, dengan JDT cuba meneruskan momentum cemerlang mereka di kejohanan ini.

Advertisements

Namun, bermain di tempat lawan sentiasa menjadi cabaran tambahan, terutama ketika berhadapan pasukan yang memiliki sokongan padu penyokong seperti Shandong Taishan.

Keputusan Perlawanan

FT : Shandong Taishan (1) – (0) JDT

  • Zeca 68′

Masa : 8.00 malam
Venue : Jinan Olympic Sports Center
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Adakah JDT mampu membawa pulang tiga mata penting untuk mengukuhkan kedudukan mereka, atau Shandong Taishan akan memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri?

Jangan lupa untuk menonton siaran langsung Shandong Taishan vs JDT pada Selasa ini untuk mengetahui keputusannya!

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment