Siaran Langsung Shanghai Port vs JDT AFC Champions League Elite 2024 [Live Streaming]

By aiman

Updated on:

shanghai port vs jdt afc champions league elite

Shanghai Port vs JDT menjadi pembuka tirai untuk wakil Malaysia dalam aksi AFC Champions League Elite untuk musim kali ini. Pastinya kita bakal dapat saksikan cabaran yang lebih sengit kali ini.

Musim 2024/2025 menyaksikan perubahan besar dalam kejohanan bola sepak elit Asia apabila AFC Champions League ditukar nama kepada AFC Champions League Elite. Nama tukar, format juga ada sedit penambahan.

Dengan format baru yang lebih kompetitif, kejohanan ini kini menjadi medan persaingan terbaik kelab-kelab terkemuka di rantau Asia.

Jika sebelum ini format kejohanan melibatkan peringkat kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan, kini AFC Champions League Elite dimainkan dalam format liga (Liga Asia Timur dan Asia Barat) pula dan kemudian baru ke peringkat kalah mati di pusingan 16 terbaik.

Advertisements

Seperti pada musim-musim lalu, Johor Darul Ta’zim menjadi satu-satunya wakil Malaysia dalam kejohanan ini, sekali lagi membawa harapan besar peminat bola sepak tanah air bermain di peringkat tertinggi ini.

JDT telah diundi dalam Liga East (Zon Timur) yang terdiri daripada 12 pasukan terkemuka di Asia Timur. Setiap pasukan dalam liga ini perlu berhadapan dengan 8 pasukan berbeza; 4 pasukan bermain di home dan 4 pasukan bermain di away.

Bagi perlawanan pertama JDT dalam liga ini, mereka akan bertemu gergasi China, Shanghai Port, di tempat lawan iaitu di Shanghai Stadium.

Sejarah Pertemuan Shanghai Port vs JDT

Menariknya, perlawanan antara Shanghai Port dan JDT ini akan menjadi pertemuan pertama dalam sejarah kedua-dua kelab. Masing-masing akan menguji kekuatan bagi menentukan pasukan mana yang lebih hebat.

Shanghai Port, yang kini merupakan salah satu kelab terkuat dalam Chinese Super League, telah menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan musim ini. Mereka kini berada di tangga teratas liga selepas 25 perlawanan.

Di satu sisi, JDT juga tidak ketinggalan. Mereka kekal mendominasi Liga Super Malaysia dengan prestasi mantap selepas 9 perlawanan dimana terus berada di takhta liga tanpa sebarang kekalahan setakat ini.

Siaran Langsung Shanghai Port vs JDT – Live Streaming

Bagi para peminat bola sepak Malaysia, anda boleh menyaksikan perlawanan Shanghai Port vs JDT secara langsung pada 18 September 2024, hari Khamis. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada pukul 8.00 malam waktu Malaysia.

Shanghai Port akan menjadi tuan rumah dan perlawanan ini akan diadakan di Shanghai Stadium, sebuah stadium yang terkenal dengan kapasiti besar dan suasana yang pastinya menggegarkan.

Advertisements

Bagi mereka yang tidak berpeluang ke Shanghai untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung, jangan risau! Anda boleh menontonnya menerusi siaran langsung di Astro Arena Bola saluran 803 dan Astro Go.

Selain itu, perlawanan ini turut disiarkan secara live streaming di platform Sooka. Pastikan anda melanggan perkhidmatan ini untuk menikmati pengalaman menonton yang berkualiti, di mana sahaja anda berada.

Keputusan perlawanan

FT : Shanghai Port (2) – (2) JDT

  • Arif Aiman 45′, 56′
  • Gustavo 48′
  • Willian Popp 73′

Masa : 8.00 malam
Venue : Stadium Shanghai
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment