Saingan Piala FA untuk second leg suku akhir diteruskan lagi dan ianya dimulakan dengan perlawanan antara JDT vs Malaysian University (MUN) untuk perlawanan pertama pada hari pertama.
Perlawanan ini akan berlangsung pada 5 Julai 2024, hari Jumaat dengan waktu sepak mula pada pukul 8.15 malam. Jika sebelum MUN menjadi tuan rumah dan untuk perlawanan timbal balik kedua ini giliran JDT pula.
Jika sebelum ini dimainkan di Stadium Sultan Ismail, maka untuk perlawanan kedua ini masih menggunakan venue yang sama iaitu di SSI tetapi dengan format JDT sebagai tuan rumah dan Malaysian University sebagai pasukan pelawat.
Pertembungan First Leg JDT vs Malaysian University
Kesemua perlawanan telah berlangsung untuk timbal balik pertama di pusingan suku akhir Piala FA 2024/2025 termasuklah pasukan Johor Darul Ta’zim dan Malaysian University FT.
Pada perlawanan yang dilaksungkan pada minggu lalu telah menyaksikan pasukan tuan rumah ketika itu, Malaysian University tidak mampu mengekang asakan bertali arus JDT apabila tewas 5 gol tanpa balas.
BACA JUGA : Keputusan Perlawanan Antara Malaysian University Dan JDT
Jadi untuk timbal balik kedua ini, sekiranya Malaysian University ingin mencipta magis dan melakar sejarah untuk mara ke separuh akhir, mereka sekurang-kurangnya perlu menjaringkan 6 gol tanpa dibolosi oleh JDT.
Pemenang untuk perlawanan ini akan bertemu sama ada Kedah Darul Aman atau Penang FC di pusingan separuh akhir nanti. Kedah ini peroleh 1 gol untuk dibawa ke Darul Aman untuk second leg nanti.
Siaran Langsung JDT vs Malaysian University – Live Streaming
Selain menyaksikan perlawanan ini di stadium, peminat kedua-dua pasukan termasuk peminat bola sepak tempata turut boleh menyaksikannya di kaca tv.
Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 (804) atau secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.
Seperti biasa, bagi yang tidak mempunyai akses Astro, boleh tonton secara live streaming di platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan keputusan perlawanan antara JDT vs Malaysian University untuk second leg suku akhir Piala FA 2024/2025 yang berlangsung pada 5 Julai 2024 kelak.
FT : JDT (8) – (0) Malaysian University (Agg: 13-0)
- Juan Muniz 20′
- Heberty 27′ (P), 30′
- Feroz Baharudin 35′
- Franciso Geraldes 60′
- Romel Morales 72′, 90+1′
- Bergson da Silva 79′
Masa : 8.15 malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
TV : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Sooka