Siaran Langsung Live Streaming Malaysian University vs JDT Piala FA 2024 (1st Leg)

By aiman

Updated on:

malaysian university vs jdt

Saingan Piala FA 2024/2025 diteruskan lagi dan kali ini bakal mempertemukan dua buah pasukan Malaysian University vs JDT dalam pusingan suku akhir untuk perlawanan timbal balik pertama.

Pertemuan kedua-dua pasukan ini akan berlangsung pada 29 Jun 2024, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ibrahim dengan waktu sepak mula pukul 5.30 petang.

Seperti yang ditetapkan oleh MFL, venue berlangsung Piala FA mestilah di dalam kapasiti yang ditetapkan. Disebabkan stadium dimilik oleh MUN tidak mengikut spesifikasi, ianya terpaksa berlangsung di venue yang lain.

BACA JUGA : Jadual Dan Keputusan Perlawanan kedua Malaysian University vs JDT

Advertisements

Selepas membuat beberapa perbincangan, akhirnya Malaysian Universiti membuat keputusan untuk bermain di SSI sebagai homeground bagi perlawanan timbal balik pertama (first leg) ini.

Perlawanan Kedua-Dua Pasukan Di Pusingan 16

Malaysian University FT merupakan satu-satunya pasukan amatur daripada Liga A1 yang berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas menumpaskan PDRM dengan jaringan 3-0.

Manakala untuk Johor Darul Ta’zim, mereka masih meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya membenam Kelantan Darul Naim dengan 4 gol tanpa balas ketika bermain di SSI.

Selepas tamat perlawanan nanti, kedua-dua pasukan ini masih akan bermain di Iskandar Puteri untuk perlawanan timbal balik kedua (second leg) pula yang dijadualkan berlangsung pada 5 Julai akan datang.

Siaran Langsung Malaysian University vs JDT – Live Streaming

Sekali lagi pemain-pemain amatur daripada Malaysian Universiti FT akan membuktikan, mereka juga mampu untuk memberikan saingan kepasukan pro dalam sukan bola sepak ini.

Jadi jangan lupa saksikan perlawanan antara Malaysian University vs JDT yang akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena Bola 2 (804) atau secara online di Astro Go.

Advertisements

Untuk yang ingin menonton secara live streaming, anda boleh berbuat demikian menggunakan Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pas bulanan sukan.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan membabitkan Malaysian University vs JDT dalam aksi timbal balik pertama (first leg) Piala FA 2024/2025 di pusingan suku akhir.

FT : Malaysian university (0) – (5) JDT

  • La’vere Corbin Ong 2′
  • Francisco Geraldes 49′, 61′
  • Shahrul Saad 71′
  • Romel Morales 81′

Masa : 5.30 Petang
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan TV : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Siaran Langsung Live Streaming Malaysian University vs JDT Piala FA 2024 (1st Leg)”

Leave a Comment