Piala FA 2024: Siaran Langsung JDT vs Kelantan (Live Streaming)

By aiman

Updated on:

jdt vs kelantan darul naim

JDT vs Kelantan merupakan perlawanan terakhir dalam saingan Piala FA 2024/2025 yang berlangsung dalam pusingan 16 terbaik ini dan kita akan ketahui lengkap semua pasukan selepas ini.

Selepas berehat daripada kalendar FIFA sebelum ini, pemain-pemain kini kembali dalam saingan Liga Malaysia iaitu untuk saingan Piala FA terlebih dahulu. Kesemua 16 pasukan bermula di pusingan 16 terbaik termasuk JDT dan Kelantan Darul Naim.

BACA JUGA : Jadual Penuh Piala FA 2024/2025

Advertisements

Pertembungan JDT vs Kelantan akan berlangsung pada hari ketiga kejohanan, 15 Jun 2024, hari Sabtu dan Johor Darul Ta’zim memiliki kelebihan apabila diundi menjadi tuan rumah dengan bermain di Stadium Sultan Ibrahim.

Sejarah Pertemuan JDT vs Kelantan Darul Naim (Head-2-Head)

Setakat ini, untuk tahun 2024, kedua-dua pasukan ini masih belum bertemu terutamanya dalam saingan Liga Super. Tetapi jika dilihat daripada sejarah pertemuan pada musim lalu, sudah tentu ianya berpihak kepada JDT.

Sebelum dijenamakan kembali ke KDN, pada musim lalu edisi 2023, JDT hanya pernah bertembung Kelantan United dalam saingan Liga Super sahaja. Kedua-dua perlawanan tersebut dimenangi oleh JDT dengan jumlah jaringan sebanyak 8 gol tanpa balas.

Tapi untuk musim kali ini, tiada lagi Kelantan United, tetapi hanya ada Kelantan Darul Naim. Jadi JDT perlu set kan minda mereka yang mana kini pasukan baru yang mereka perlu hadapi. Sudah tentu kemenangan dicari untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Bagi pemenang antara JDT vs Kelantan ini, mereka akan terus pergi ke pusingan suku akhir. Mereka akan bertemu salah satu pasukan antara PDRM atau Malaysian University FT. Kemudian barulah format timbal balik akan digunakan.

Siaran Langsung JDT vs Kelantan Piala FA 2024 – Live Streaming

Bagi yang menonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola (803) atau secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.

Advertisements

Tapi bagi yang tiada akses Astro, jangan risau. Anda masih boleh tonton perlawanan ini iaitu secara live streaming menerusi platform Sooka. Hanya perlu langgan RM29.60 sebulan untuk pas sukan.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan jadual perlawanan antara JDT vs Kelantan yang berlangsung pada 16 Jun 2024, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ibrahim. Keputusan pula akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan

FT : JDT (4) – (0) Kelantan

  • Fernando Forestieri 45′
  • Romel Morales 62′
  • Francisco Geraldes 82′
  • Arif Aiman 90+4′ (P)

Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Piala FA 2024: Siaran Langsung JDT vs Kelantan (Live Streaming)”

Leave a Comment