Dalam tempoh Liga Malaysia berlangsung setiap tahun, selain saingan liga, satu lagi kejohanan yang ditunggu-tunggu adalah Piala FA yang mana sebuah trofi yang bakal direbut oleh semua pasukan liga super dan liga amatur.
BACA JUGA : Jadual Penuh Liga Super 2024/2025
Akan adakah pasukan yang dapat mengekang kemaraan juara bertahan Johor Darul Ta’zim dalam kempen kali ini. Atau JDT mampu untuk mencipta sejarah memenang Piala FA secara hatrik apabila kini mereka merupakan pemenang edisi 2022 dan 2023.
Saingan Piala FA 2024/2025

Pada Mei yang lalu, Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan undian bagi mempersiapkan kesemua pasukan yang layak dan bertanding dalam saingan Piala FA edisi ke-33 kali ini.
Tahun ini, sebanyak 16 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan bola sepak kalah mati ini. Daripada jumlah tersebut, 13 pasukan adalah daripada Liga Super dan 3 pasukan lagi dari liga amatur, Liga M3.
Perlawanan Piala FA 2024/2025 akan bermula pada 12 Jun 2024 hingga aksi final yang dijadualkan berlangsung pada Ogos 2024. Ianya bermula daripada pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan peringkat akhir.
Format Pertandingan
Kejohanan Piala FA berlangsung dalam format kalah mati. Suku akhir dan separuh akhir dimainkan secara timbal balik atau home away. Manakala untuk round of 16 ianya dimainkan secara kalah mati satu perlawanan sahaja.
Pasukan yang menang akan mara ke peringkat seterusnya dan sehinggalah berjaya mara ke perlawanan akhir bagi merebut trofi kejuaraan. Sekali gus bergelar Juara Piala FA 2024/2025.
Senarai Pasukan Bertanding Dalam Piala FA 2024/2025
Untuk musim kali ini, terdapat 16 pasukan (13 pasukan Liga Super, 3 pasukan Liga M3) yang layak dan mengambil bahagian dalam kejohanan Piala FA 2024/2025. Berikut merupakan senarai pasukan yang bertanding :
a. 13 Pasukan Liga Super
- Johor Darul Ta’zim FC (JDT)
- Kedah Darul Aman FC
- Kelantan Darul Naim FC (KDN)
- Kuala Lumpur City FC (KL City)
- Kuching City FC
- Negeri Sembilan FC
- PDRM FC
- Penang FC
- Perak FC
- Sabah FC
- Selangor FC
- Sri Pahang FC
- Terengganu FC
b. 3 Pasukan Liga M3 (Liga Amatur)
- Kuala Lumpur Rovers FC
- Bukit Tambun FC
- Malaysian University FT
Siaran Langsung Piala FA 2024/2025
Sama seperti saingan Liga Super. Kejohanan Piala FA turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv iaitu menerusi kerjasama daripada rakan penyiar rasmi iaitu Astro dan RTM.
Untuk saluran Astro, anda boleh saksikan setiap perlawanan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (803) dan Astro Arena Bola 2 (804) atau pengguna Astro juga boleh tonton secara online di Astro Go.
Manakala untuk tayangan di saluran RTM, terdapat hanya 8 perlawanan terpilih sahaja yang akan ditayangkan iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Untuk live streaming, boleh menggunakan platform RTM Klik.
Tapi untuk anda yang ingin menonton kesemua perlawanan secara live streaming kalau tiada Astro, boleh menggunakan Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya langgan RM29.60 sahaja sebulan.
Undian, Jadual Dan Keputusan Perlawanan

Untuk permulaan, pihak MFL telah mengumumkan undian pusingan awal dan kedudukan bagi setiap pasukan yang bertanding. Tarikh adalah bermula pada 12 Jun 2024 sehingga akan diumumkan kelak.
Jadi boleh dapatkan jadual penuh disini yang mana akan dikemaskini dari semasa ke semasa termasukan keputusan perlawanan bagi setiap aksi yang berlangsung sepanjang kejohanan Piala FA 2024/2025
Pusingan 16
12 Jun 2024 (Rabu)
- FT : PDRM (0) – (3) Malaysia Universiti FT – 8.15 pm | TV Okey | Arena Bola
14 Jun 2024 (Jumaat)
- AET : KL City (2) – (3) Kuching City – 6.30 pm | Arena Bola 2
- AET : Sri Pahang (1) – (1) Penang [Pen: 3 – 4] – 8.15 pm | Arena Bola
- FT : Terengganu (2) – (1) Perak – 9.00 pm | TV Okey, Astro Arena
- FT : Kedah (5) – (0) Bukit Tambun – 9.00 pm | Astro Arena 2
15 Jun 2024 (Sabtu)
- FT : Selangor (4) – (0) Negeri Sembilan – 5.30 pm | Arena Bola 2
- FT : Sabah (7) – (0) KL Rovers – 8.15 pm | TV Okey, Astro Arena
- FT : JDT (4) – (0) Kelantan – 8.15 pm | Arena Bola
Suku Akhir
1st Leg |
28 Jun 2024 (Jumaat)
- FT : Penang (0) – (1) Kedah
8.15 pm | Stadium Bandaraya | Arena Bola 2 (804), TV Okey
- FT : Terengganu (4) – (0) Sabah
9.00 pm | Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin | Arena Bola (803)
29 Jun 2024 (Sabtu)
- FT : Malaysia Universiti FT (0) – (5) JDT
5.30 pm | Stadium Sultan Ibrahim | Arena Bola 2 (804)
- FT : Kuching City (2) – (1) Selangor
8.15 pm | Stadium Negeri | Arena Bola (803)
2nd Leg |
5 Julai 2024 (Jumaat)
- FT : JDT (8) – (0) Malaysia Universiti FT (Agg: 13-0)
8.15 pm | Stadium Sultan Ibrahim | Arena Bola 2 (804)
- FT : Kedah (0) – (0) Penang (Agg: 1-0)
9.00 pm | Stadium Darul Aman | Arena Bola (803)
6 Julai 2024 (Sabtu)
- FT : Sabah (0) – (3) Terengganu (Agg: 0-7)
7.15 pm | Stadium Likas | Arena Bola 2 (804)
- AET : Selangor (3) – (2) Kuching City [Pen: 5-3] (Agg: 4-4)
9.00 pm | Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya | Arena Bola (803)
Separuh Akhir
1st Leg |
19 Julai 2024 (Jumaat)
- FT : Kedah (1) – (2) JDT – 8.15 pm | Arena Bola (803)
- FT : Terengganu (3) – (2) Selangor – 9.00 pm | Arena Bola 2 (804) | TV Okey, Sukan RTM
2nd Leg |
3 Ogos 2024 (Sabtu)
- FT : Selangor (4) – (1) Terengganu (Agg : 6-4) – 9.00 pm | Arena Bola (803)
4 Ogos 2024 (Ahad)
- FT : JDT (3) – (0) Kedah (Agg : 5-1) – 8.15 pm | Arena Bola (803) | Sukan RTM
Final
- JDT vs Selangor
5 thoughts on “Jadual Siaran Langsung Piala FA 2024 Dan Keputusan Live”