Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs JDT Liga Super 2024

By aiman

Updated on:

sabah vs jdt

Johor Darul Ta’zim buat pertama kalinya akan terbang ke Borneo untuk musim kali ini dimana perlawanan seterusnya akan berlangsung antara Sabah vs JDT. Perlawanan kedua untuk hari kedua bagi minggu kelima (LS5) Liga Super 2024.

Seperti yang dijadualkan, ianya akan berlangsung pada 13 Julai 2024, iaitu pada hari Sabru bertempat di Stadium Likasi di Kota Kinbalu. Waktu sepak mula untuk perlawanan ini adalah pada pukul 8.15 malam.

Pertembungan Sabah vs JDT Dalam Saingan Liga

Tidak boleh disangkal lagi dengan keputusan demi keputusan yang diraih oleh JDT bukan sahaja dalam musim baru kali ini, bahkan pada musim-musim sebelumnya.

Advertisements

Tapi berdasarkan musim 24/25, setakat ini menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum tewas mahupun seri dalam mana-mana perlawanan sejak Liga Malaysia bermula pada Februari lalu.

Dalam saingan liga, empat perlawana menang berturut-turut. Dalam saingan Piala FA pun, mereka masih belum tewas sejak pusingan awal sehingga berjaya mara ke separuh akhir. Kini akan berdepan dengan Sabah pula.

Meskipun beraksi kurang baik dalam saingan Piala FA sehingga terkeluar daripada saingan di peringkat suku akhir, tetapi Sabah bermain baik dalam saingan liga untuk tiga perlawanan sebelumnya.

Setakat ini, Sabah juga masih belum tewas dan hanya keciciran mata sekali sahaja menerusi keputusan seri pada awal musim. Sejak itu, mereka menang dua kali berturut-turut. Adakah mereka mampu mengekalkan momentum tersebut atau menjadi mangsa JDT seterusnya?

Siaran Langsung Sabah vs JDT – Live Streaming

Menjadi antara perlawanan tumpuan pada minggu ini, jadi pastinya selain daripada penyokong kedua-dua pasukan, peminat bola sepak tempatan juga ingin menonton secara live di kaca tv.

Jadi jangan risau, anda boleh saksikan perlawanan Sabah vs JDT secara langsung akan disiarkan di saluran Astro Arena Bola 2 (804) atau boleh juga tengok secara online menerusi Astro Go.

Advertisements

Untuk yang tiada Astro, boleh tonton secara live streaming di Sooka. Anda hanya perlu langgan pakej sukan dengan harga bermula RM29.60 sebulan. Boleh strim di web atau aplikasi mobile.

Keputusan Perlawanan

Jangan terlepas untuk saksikan aksi Sabah vs JDT untuk saingan Liga Super 2024/2025 minggu kelimat (LS5) berlangsung pada 13 Julai ini, iaitu pada hari Sabtu.

FT : Sabah (1) – (3) JDT

  • Romel Morales 21′, 44′
  • Gabriel Peres 52′ (P)
  • Bergson da Silva 90+5′ (P)

Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Likas
TV : Arean bola 2 804
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment