Kini memasuki perlawanan terakhir untuk saingan suku akhir Piala FA 2024 dimana melibatkan pasukan Selangor vs Kuching City yang juga merupakan perlawanan timbal balik kedua (second leg). Akan berlangsung pada 6 Julai ini di Stadium MBPJ.
BACA JUGA : Jadual Penuh Piala FA 2024/2025
Dua slot separuh akhir kini sudah dimuktamadkan dimana JDT dan Kedah masing-masing berjaya menumpaskan lawan masing-masing di pusingan suku akhir dan mereka akan bertemu pula.
Kini ada lagi dua slot yang tinggal yang mana 4 pasukan lagi akan berentap antara Selangor vs Kuching City dan Terengganu vs Sabah. Pasukan mana agaknya yang akan mara nanti ke semi final Piala FA nanti?
![selangor vs kuching city piala fa](https://notaria.my/wp-content/uploads/2024/06/Selangor-vs-Kuching-City-Piala-FA-1.webp)
Pertembungan Selangor vs Kuching City Di First Leg Suku Akhir Piala FA 2024/2025
Kuching City membuktikan mereka juga mampu untuk bersaing dalam kejohanan kali ini apabila berjaya menumpaskan Selangor dalam perlawanan timbal balik pertama sebelum ini.
Berkelebihan bermain di halaman sendiri terlebih dahulu, Kuching City menjadi pasukan pertama yang mengalahkan Selangor di atas padang untuk musim baru kali ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri tersebut, Kuching City berjaya menewaskan Selangor dengan jaringan 2-1 yang mana bekalan 2 gol akan dibawa ke MBPJ.
Kini giliran Selangor pula sebagai tuan rumah. Adakah kelebihan tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk mencari sekurang-kurangnya 2 gol lagi dalam tempoh 90 minit untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir nanti.
Pasukan yang menang dalam perlawanan ini akan bertemu pemenang antara Sabah dan Terengganu nanti.
Siaran Langsung Selangor vs Kuching City – Live Streaming
Untuk penyokong Selangor khususnya yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan pasukan anda, jangan risau. Ini kerana perlawanan ini turut dibawakan secara langsung di kaca tv.
Tapi bukan terhad untuk penyokong Selangor sahaja. Semua peminat bola sepak tempatan juga boleh saksikan di saluran Astro Arena Bola (803) atau secara online di Astro Go.
Bagi yang tiada Astro, anda boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pas sukan secara bulanan.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan antara Selangor vs Kuching City dalam aksi Piala FA 2024/2025 di pusingan suku akhir timbal balik kedua pada 6 Jun 2024.
AET : Selangor (3) – (2) Kuching City [Pen: 5-3] (Agg: 4-4)
- Nur Shamie Iszuan 15′
- Ahmad Zikri Khalili 27′
- Alvin Fortes 39′, 90+4′
- Alif Hassan 90+5′
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium MBPJ
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka
29 Jun 2024 (Sabtu) – First Leg
FT : Kuching City (2) – (1) Selangor
- Ronnie Fernandez 31′
- James Okwuosa 45+4′
- Jordan Mintah 64′
Masa : 8.15 Malam
Venue : Stadium Negeri
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka