Siaran Langsung JDT vs Kedah Separuh Akhir Kedua Piala FA 2024/2025

By aiman

Updated on:

kedah vs jdt piala fa

Satu perlawanan bagi peringkat separuh akhir sudah selesai. Kini akan ada dua lagi pasukan merebut tempat ke pentas final iaitu antara JDT vs Kedah pula.

Perlawanan ini akan berlangsung pada hujung minggu ini, 4 Ogos 2024, hari Ahad, dengan waktu sepak mula pada pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim. Kali ini giliran JDT pula menjadi tuan rumah.

BACA JUGA : Jadual Penuh Piala FA 2024/25

Finalist pertama sudah diketahui apabila Selangor berjaya membenam Terengganu dengan jaringan 4-1 dan aggregat 6-4, yang mana sekali gus membawa Red Giants ke pentas akhir Piala FA.

Jadi satu lagi finalist dicari antara JDT dan Kedah. Pasukan yang menang dalam perlawanan ini, akan mara ke final bertemu Selangor dan sekali gus merebut trofi kejohanan tersebut.

Advertisements

Rekod Perlawanan Pertama (First Leg) Antara JDT vs Kedah

Kita sudah ketahui, JDT berjaya menumpaskan Kedah di halaman lawan dengan jaringan 2-1. Maka defisit 1 gol tersebut akan dibawa ke Iskandar Puteri bagi mengharungi perlawanan timbal balik kedua pula.

Sebelum ini, Kedah Darul Aman hampir berjaya mengikat Johor Darul Ta’zim apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit 87. Tetapi JDT tidak berputus asa untuk membawa bekalan yang lebih selesa.

Pada minit-minit akhir sebelum tiupan wisel dibuat, JDT berjaya menjaringkan gol kemenangan hasil daripada penyerang Romel Morales, sekali gus menghampakan pasukan Kedah sekurang-kurangnya untuk mengikat pasukan lawan.

Pasukan manakah yang bakal bertemu Selangor di pentas akhir Piala FA nanti? Adakah JDT berpeluang untuk ke final sekali lagi nanti? Atau Kedah berjaya mencipta kejutan ketika bermain di Stadium Sultan Ibrahim?

Rekod Pertemuan JDT vs Kedah

Tanpa mengira rekod pertemuan pada timbal balik pertama. Jika perbandingan dibuat untuk pertemuan 10 perlawanan terakhir, JDT menang 8 daripadanya. Manakala 2 lagi adalah menerusi keputusan seri. Sejak itu juga, JDT telah menjaringkan sebanyak 24 gol berbanding 5 untuk Kedah.

Dengan rekod pertemuan ini, adakah akan ada satu lagi rekod kekalahan untuk Kedah di halaman sendiri nanti? Tuan rumah sudah pastinya ingin menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk mengutip bilangan gol sebelum dibawa ke Johor nanti.

Siaran Langsung JDT vs Kedah Piala FA 2024/25 – Live Streaming

Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan kesudahan perlawanan ini dan mengetahui pasukan manakah yang akan ke pentas final Piala FA. Kedua-dua mempunyai skuad dan pasukan yang hebat pada musim kali ini. Perlawanan yang menarik akan disajikan sekali nanti.

Jadi yang berkesempatan, boleh datang ke stadium beramai-ramai. Bagi yang ingin menonton di rumah, anda boleh saksikan siaran langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, perlawanan ini turut juga disediakan di saluran Sukan RTM. Untuk pengguna Astro, anda boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka atau platform RTM Klik secara percuma.

Advertisements

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan untuk second leg separuh akhir Piala FA 2024/25 antara JDT vs Kedah yang berlangsung pada 4 Ogos 2024.

FT : JDT (3) – (0) Kedah (Agg: 5-1)

  • Feroz Baharudin 50′
  • Bergson da Silva 77′
  • Juan Muniz 84′

Masa : 8.15 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
TV : Arena Bola 803, Sukan RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

Keputusan Perlawanan Pertama

FT : Kedah (1) – (2) JDT

  • Oscar Arribas 24′
  • Habib Haroon 87′
  • Romel Morales 90+9′

Tarikh : 19 Julai 2024 (Jumaat)
Masa : 8.15 malam
Venue : Stadium Darul Aman
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Siaran Langsung JDT vs Kedah Separuh Akhir Kedua Piala FA 2024/2025”

Leave a Comment