Kelantan vs JDT merupakan perlawanan terakhir bagi minggu kesebelas (LS11) Liga Super 2024/2025 yang juga satu-satunya perlawanan yang berlangsung pada hari ketiga ini.
Pertemuan antara KDA dan JDT ini diadakan pada hari Ahad, 22 September 2024, tepat jam 9.00 malam. Menariknya, walaupun Kelantan menjadi tuan rumah kali ini, perlawanan akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri iaitu homeground Johor Darul Ta’zim.
Keputusan ini dibuat kerana Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu sedang menjalani proses naik taraf. Jadi buat masa ini, ianya tidak boleh digunakan bagi sebarang acara termasuklah perlawanan bola sepak
Pertemuan Sebelumnya Antara Kelantan vs JDT
Ini merupakan pertemuan kali kedua antara Kelantan Darul Naim dan Johor Darul Ta’zim untuk musim kali ini. Kali terakhir mereka bertemu adalah di pusingan awal Piala FA, di mana JDT dengan mudah mencatat kemenangan 4-0 di tempat yang sama.
BACA JUGA : JDT Mudah Mengenipikan Cabaran Kelantan Di Pusingan Awal Piala FA
Statistik ini pastinya memberikan tekanan kepada Kelantan, yang masih belum menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam saingan liga musim setakat ini.
Kelantan kini bergelut di Liga Super dengan rekod yang kurang baik. Dalam 5 perlawanan terakhir, pasukan ini gagal mencatatkan sebarang kemenangan, dan setakat ini hanya berjaya menang sekali dalam 9 perlawanan keseluruhan.
Prestasi yang tidak konsisten ini menjadi cabaran utama buat Kelantan yang perlu menghadapi JDT, sebuah pasukan yang dominan dalam bola sepak tempatan dan ditambah pula mereka baru sahaja berjaya mengikat kelab gergasi China dalam saingan ACLE pada Rabu lalu.
Jika ingin menyentuh pasal JDT pula. Dalam 9 perlawanan musim ini, JDT hanya pernah keciciran mata sekali sahaja apabila seri dengan PDRM, sementara baki perlawanan disapu bersih dengan kemenangan.
Rekod ini menunjukkan bahawa JDT berada dalam prestasi terbaik mereka, dan berhadapan dengan Kelantan tidak menjadi masalah besar.
Meskipun Kelantan berstatus tuan rumah, hakikat bahawa perlawanan berlangsung di gelanggang JDT sendiri memberikan kelebihan tambahan kepada skuad Harimau Selatan.
Siaran Langsung Kelantan vs JDT Dan Live Streaming
Bagi penyokong yang mahu menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium, tiket boleh dibeli di laman web Tickethotline di tickethotline.com.my. Penyokong Kelantan dan JDT boleh datang beramai-ramai bagi memberikan sokongan penuh kepada pasukan masing-masing.
Tapi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk hadir, anda masih boleh saksikannya secara langsung di kaca tv. Perlawanan ini turut disiarkan menerusi Astro Arena Bola di saluran 803 atau secara live streaming di Sooka.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan perlawanan antara Kelantan vs JDT untuk aksi Liga Super 2024/2025 bagi minggu ke-11 yang mana berlangsung pada 22 September 2024, hari Ahad
FT : Kelantan (1) – (6) JDT
- Bergson da Silva 42′, 45′, 71′
- Arif Aiman 56′, 58′
- Layth Khoroub 65′
- Umeir Aznan 75′ (OG)
Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka