Minggu FIFA Day kini tiba, dan perlawanan antara New Zealand vs Malaysia menjadi tumpuan peminat bola sepak di seluruh negara.
Perlawanan ini merupakan satu-satunya aksi persahabatan antarabangsa bagi Malaysia dalam tempoh kali ini, menjadikannya sangat dinanti-nantikan oleh peminat setia Harimau Malaya.
Perlawanan ini akan berlangsung pada 14 Oktober 2024, hari Isnin, dengan sepak mula dijadualkan pada jam 2.00 petang waktu Malaysia.
Aksi yang akan mempertemukan skuad bola sepak kebangsaan dengan pasukan New Zealand ini akan diadakan di Stadium North Harbour, New Zealand.
Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke stadium, jangan risau kerana anda boleh menonton siaran langsung perlawanan ini di TVS – Saluran 122 MYTV, Unifi TV dan Astro.
Selain itu, anda juga boleh strim secara langsung melalui pautan rasmi di https://www.tvsarawak.my/.

Persediaan Skuad Harimau Malaya
Skuad Harimau Malaya tidak mengambil mudah perlawanan persahabatan ini. Kerana itulah, pasukan kebangsaan telah terbang lebih awal ke New Zealand untuk membuat persiapan rapi sebelum perlawanan berlangsung.
Ini adalah sebahagian daripada langkah strategik mereka untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan padang di negara lawan.
Dalam tempoh persediaan ini, Malaysia telah mengadakan satu perlawanan persahabatan tertutup menentang kelab tempatan, Auckland FC, yang merupakan sebahagian daripada persiapan untuk menghadapi New Zealand.
Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1, di mana gol Malaysia dijaringkan oleh pemain tengah berbakat kelab Selangor FC, Nooa Laine, pada minit ke-59.
Perlawanan ini menjadi peluang penting untuk jurulatih mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan sebelum menentang New Zealand. Semua mata kini tertumpu pada bagaimana Harimau Malaya akan mengatur strategi terbaik untuk perlawanan seterusnya ini.
Sejarah Pertemuan New Zealand vs Malaysia
Jika melihat pada rekod, New Zealand berada di kedudukan yang lebih tinggi dalam ranking FIFA iaitu di tangga 95, berbanding Malaysia yang berada di kedudukan 132.
Kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak 12 kali sejak tahun 1967, dengan Malaysia hanya berjaya mencatatkan 2 kemenangan, 2 kali seri, dan 8 kekalahan.
Rekod menunjukkan bahawa Malaysia belum pernah menewaskan New Zealand di tempat lawan, dan kali terakhir Malaysia menang ke atas New Zealand adalah pada tahun 1999 yang berlangsung di Stadiun Nasional Bukit Jalil.
Perlawanan terakhir antara kedua-dua pasukan berlangsung pada tahun 2006, juga dalam perlawanan persahabatan. Dengan harapan untuk memperbaiki rekod ini, Harimau Malaya perlu memberi aksi terbaik mereka di atas padang.
Jika berjaya meraih kemenangan, Malaysia bakal memperoleh tambahan 6.22 mata dalam ranking FIFA, yang akan membantu pasukan kebangsaan naik 1 anak tangga.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan keputusan perlawanan persahabatan tier 1 antara New Zealand vs Malaysia yang berlangsung pada 14 Oktober 2024, hari Isnin.
FT : New Zealand (4) – (0) Malaysia
- Elijah Just 53′
- Matthew Garbett 61′
- Chris Wood 72′
- Logan Rogerson 90′
Masa : 2.00 petang (MYT)
Venue : Stadium North Harbour
Siaran TV : TVSarawak
Live Streaming : tvsarawak.my
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan New Zealand vs Malaysia secara langsung pada ini. Ini adalah peluang terbaik untuk melihat bagaimana skuad kebangsaan kita bersaing dengan salah satu pasukan yang lebih kuat di peringkat antarabangsa.
Sama-sama kita berharap agar Malaysia mampu mencipta sejarah di New Zealand dan membawa pulang kemenangan yang diidamkan!