Yang ditunggu kini telah tiba, TikTok Awards Malaysia 2024 akan bersiaran langsung menemui penonton pada hujung minggu ini, 11 Ogos 2024 dimana akan bersiaran dari Pusat Dagagangan Dunia Kuala Lumpur terus ke kaca tv anda.
TikTok Awards Malaysia kini sudah memasuki anjuran kali kedua yang mana buat julung kalinya diadakan pada tahun 2023. Ketika itu, Khairul Aming dinobatkan sebagai Creator of The Year yang pertama.
Anugerah ini diadakan bertujuan bagi menghargai usaha yang dilakukan oleh pempengaruh (influencer) atau content creator yang menggunakan platform TikTok sebaiknya untuk tontonan ramai.
Oleh itu, TikTok dengan kerjasama TikTok menganjurkan TikTok Awards Malaysia 2024 dan mempertandingkan 12 kategori dalam 2 kriteria utama iaitu pilihan juri (judge pick) dan juga pilihan peminat (people’s choice)
BACA JUGA : Senarai Calon Bagi Setiap 12 Kategori Yang Dipertandingkan
Pilihan Juri (Judge Pick)
- Creator of the Year
- Celebrity of the Year
- Video of the Year
- TikTok LIVE Creator of the Year
- TikTok Shop Creator of the Year
Pilihan Peminat (People’s Choice)
- Entertainment Creator of the Year
- Animation Creator of the Year
- Gaming Creator of the Year
- Education Creator of the Year
- Food Creator of the Year
- Sports Creator of the Year
- Beauty & Fashion Creator of the Year
Pada tahun 2024, terdapat satu angerah baru yang diperkenalkan iaitu Changemaker of The Year. Siapakah pula yang bakal bergelar Creator of The Year pada tahun ini agaknya? Nantikan pada malam anugerah.
Malam Acara TikTok Awards Malaysia 2024
Pada tahun ini, acara anugerah TikTok Malaysia 2024 mengangkat tema ‘Realisasikan Impianmu’ atau Celebrating New Dream. Semoga dengan anugerah ini, dapat memberi ruang untuk content creator mengubah impian menjadi kenyataan.
Malam anugerah bakal diserikan dengan nama-nama besar sebagai penyampai anugerah seperti Faizal Tahir, Aina Abdul, Shaheizy Sam, Erra Fazira, Khairul Aming, Sofyank, Ryan Bakery dan ramai lagi.
Tidak cukup dengan itu, penonton turut disajikan dengan persembahan pada malam anugerah nanti. Antara yang terlibat seperti Amir Jahari, Faizal Tahir, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Aisha Retno, Aina Abdul dan beberapa lagi barisan artis yang lain.
Pada malam anugerah juga, buat pertama kali Che Puan Sarimah Ibrahim digandingkan bersama Janna Nick sebagai pengacara utama yang akan memeriahkan lagi malam gemilang itu nanti
Siaran Langsung TikTok Awards Malaysia 2024
Jadi jangan terlepas untuk saksikan acara TikTok Awards Malaysia 2024, pada hari Ahad, 11 Ogos 2024, pukul 9.00 malam siaran langsung di TV3 atau boleh juga tonton secara live streaming di Tonton dan aplikasi TikTok.
- Tonton : https://watch.tonton.com.my/tv3
- Akaun Rasmi TikTok : https://www.tiktok.com/@tiktok_malaysia