Tema Hari Guru 2025 : Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

By aiman

Published On:

Follow Us
hari guru

Seperti yang diumumkan sebelum ini, tema Hari Guru 2025 di Malaysia adalah “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”. Ianya telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada April lalu.

Sambutan hari guru kini diraikan secara rasmi setiap tahun di Malaysia dan disambut di setiap sekolah bagi menghargai jasa guru-guru yang telah banyak mengorbankan masa mendidik anak bangsa.

Tema Hari Guru 2025 Dan Maknanya

“Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” telah diangkat sebagai tema Hari Guru tahun 2025. Tema ini menekankan peranan guru sebagai agen perubahan utama dalam sistem pendidikan negara.

“Pemacu reformasi pendidikan” membawa maksud guru bukan sekadar pendidik di bilik darjah, tetapi agen perubahan yang menjadi teras kepada pembangunan sistem pendidikan negara.

Reformasi pendidikan bukan sekadar menggubal silibus, tetapi merangkumi pendekatan pengajaran, penggunaan teknologi, pemikiran kritikal dan pembentukan sahsiah pelajar.

Dalam erti kata lain, guru memainkan peranan sebagai pemimpin pemikiran (thought leader) di peringkat akar umbi. Mereka membimbing generasi muda untuk menjadi insan yang bukan saja cemerlang akademik, malah holistik dari segi akhlak, kepimpinan dan jati diri.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2025

Jika pada tahun 2024, sambutan telah dibuat di negeri Pahang. Tapi untuk tahun ini, KPM akan mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-54 tahun 2025 di negeri Sarawak.

Sambutan ini akan berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCKK), Sarawak iaitu pada 16 Mei 2025 bersamaan pada hari Jumaat. Ini pastinya melibatkan golongan pendidik negeri bumi kenyalang tersebut.

Senarai Tema Hari Guru

Berikut merupakan sejarah dan senarai Tema Hari Guru yang telah diumumkan sejak tahun 2010 sehingga sekarang :

  • 2010 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2011 – Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
  • 2012 – Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  • 2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
  • 2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
  • 2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
  • 2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
  • 2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
  • 2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
  • 2023 – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
  • 2024 – Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani
  • 2025 – Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Kepada semua guru di luar sana, dari sekolah rendah hingga universiti, dari bandar hingga ke pedalaman, terima kasih kerana menjadi pemacu reformasi pendidikan. Selamat Hari Guru 2025!

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment