Contoh Ucapan Selamat Hari Guru Tahun 2024 & Pantun (Teacher’s Day)

By aiman

Updated on:

ucapan hari guru

Hari Guru adalah hari istimewa untuk zahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pendidik. Jadi disini kami kongsikan contoh ucapan Selamat Hari Guru untuk tahun 2024 khusus kepada guru di Malaysia.

Selepas ibubapa kita, guru merupakan antara insan yang paling penting dalam membentuk jati diri kita serta menjadi manusia yang berguna sekali gus memberi kebaikkan kepada masyarakat dan juga negara.

Bulan Mei yang istimewa ini, anda boleh buatlah apa-apa perkara yang menyenangkan untuk guru anda. Tidak kiralah anda panggil guru, cikgu, teacher, sir, madam, ustaz, ustazah dan sebagainya. Mereka adalah pendidik anda.

Hari Guru 2024 & Teacher’s Day

Hari Guru di Malaysia disambut setiap tahun pada tanggal 16 Mei. Pada hari yang istimewa ini, kita, khususnya pelajar atau murid bersama-sama meraikan dan beri penghargaan kepada semua golongan pendidik seperti guru atau cikgu.

Pada tahun ini, 16 Mei 2024 adalah jatuh pada hari Khamis. Dalam masa yang sama juga, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan Tema Hari Guru 2024 adalah “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI”.

BACA JUGA : Tema Hari Guru 2024 & Makna Disebaliknya

Senarai Contoh Ucapan Selamat Hari Guru 2024

Jadi sempena Hari Guru ini, kami kongsikan lebih 20 contoh ucapan Selamat Hari Guru dalam bahasa melayu, bahasa inggeris serta dalam bentuk pantun. Anda boleh share dan kongsikan kepada guru-guru anda atau share di media sosial.

Bukan itu, sahaja ucapan-ucapan Hari Guru ini juga anda boleh buat sekiranya, anda ingin hadiahkan dalam bentuk kad ucapan yang menarik. Boleh edit di template berpandukan contoh ucapan hari guru dibawah:

Advertisements

Ucapan Hari Guru 1

Guru,
Dalam ajarannya ada harapan,
Dalam tegurannya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam diamnya ada kebijaksanaan,
Dalam tangannya ada sahsiah terbina.

SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU!

Ucapan Hari Guru 2

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru ku.
Semoga guru-guru ku dikurniakan kesihatan berpanjangan, sentiasa dilimpahkan rezeki, dipermudahkan semua urusan di dunia dan akhirat.

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

Ucapan Hari Guru 3

Dikesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, Terima Kasih Cikgu! Teruskan memberi inspirasi kepada anak bangsa dan pendidikan yang terbaik untuk semua.

Ucapan Hari Guru 4

Guruku,
Kau mengajariku pelbagai ilmu,
Kau memberiku nasihat setiap waktu,
Guruku kau ibarat ayah bondaku,
Guruku kau jangan lelah mendidikku,
Ajari aku tentang Rasulku,
Ajari aku tentang perilaku,
Guruku, jasamu akan ku ingat selalu,
Terima kasih guruku.

Ucapan Hari Guru 5

Selamat Hari Guru untuk semua guru yang kami sayangi. Untuk kalian yang banyak berjasa. Pengorbanan kalian amat kami muliakan. Teruskan mendidik anak bangsa dan menjadi pelita yang sentiasa menyala.

Ucapan Hari Guru 6

Jasa dan bakti Cikgu akan dikenang selalu. Minta halalkan segala ilmu yang telah diberikan. Semoga Allah sahaja mampu membalas segala keringat dan bakti Cikgu

Ucapan Hari Guru 7

Orang hebat boleh melahirkan karya bermutu. Akan tetapi, guru bermutu boleh melahirkan ribuan orang hebat. Selamat Hari Guru Tahun 2024

Ucapan Hari Guru 8

Selamat Hari Guru, Cikgu!. Maafkan segala kesalahan kami sepanjang menjadi anak muridmu. Semoga cikgu terus berkhidmat dan diberkati olehNya.

Ucapan Hari Guru 9

Guru,
Kau umpama ilin yang menerangi kegelapan,
Setiap peluh dan lelah yang engkau curahkan,
Terlahirnya insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara

Ucapan Hari Guru 10

“Kaulah pelita hidu bagi kami semua menuju jalan ke arah benar. Penuh ikhlas dan tulis membimbing dan mengajar untuk memastikan kami berjaya” TERIMA KASIH CIKGU

Ucapan Hari Guru 11

Selamat Hari Guru. Semoga semua ilmu yang cikgu berikan menjadi pahala yang mengalir tanpa henti.

Ucapan Hari Guru 12

Selamat Hari Guru.
Anda adalah percikan, inspirasi, buku panduan, lilin dalam hidup saya. Saya sangat bersyukur bahawa anda adalah guru saya.

Ucapan Hari Guru 13

Selamat Hari Guru! Terima kasih atas kesabaran, kebaikan dan dedikasi anda yang tiada henti.

Ucapan Hari Guru 14

Semoga engkau ikhlas selalu memberikan ilmu tanpa jemu. Semoga Allah membalas jasmu membimbing kami menjadi orang berilmu. Selamat Hari Guru!

Ucapan Hari Guru 15

Tiada wang tinggit, intan permata yang mampu menggantikan jasa guru sekalian. Hanya ucapan penuh ikhlas seadanya yang mampu kami layarkan. Selamat Hari Guru!

Ucapan Hari Guru 16

Selama Hari Guru, Cikgu! Jasa guru tidak ternilai harganya. Guru ibarat lilin yang menerangi sekitarnya. Terima kasih kami ucapkan kerana mendidik kami dengan sabar.

Advertisements

BACA JUGA :

Teacher’s Day Wishes & Greetings

  1. To my amazing teacher, Wishing you joy and happiness on the occasion of Teacher’ Day!
  2. Thank you for being a wonderful teacher and always believing in me. Happy Teacher’s Day.
  3. All the efforts and hard work you have put in us to bring out the best in us can never be repaid in words. We truly honoured to know you!
  4. I was lucky to have a teacher as wonderful as you are. Without your guidance, I wouldn’t have achieved anything in life!
  5. I feel so bleesed to have a teacher like you who not only pushes me towards achieving my goal but also supports me in every step. Happy Teacher’s Day 2024!
  6. Wishing you joy and happiness, you are an amazing teacher, and you only deserve the best.
  7. The best teachers teach from the heart, not from the book. Thank you for being a wonderful teacher. Happy Teacher’s Day!
  8. I was lucky to have a teacher as wonderful as you are. Wishing you a Teacher’s Day that’s full of joyous moments!
  9. The best teachers don’t give you the answer, but they spark within you the desire to find the answer yourself. Happy Teacher’s Day!
  10. From ABC to red, white and blue; to history and mathematics too, all I want to say is a big THANK you!

Contoh Pantun Hari Guru

Berikut merupakan antara contoh pantun Hari Guru untuk tahun 2024:

Bakar, sumbu dibakar,
Cairlah lilin menyinar cahaya,
Sukar, memanglah sukar,
Murid dipimpin sampai berjaya.

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan,
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Pukul baru mekar di laman,
Kembang kudup kembang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu nakhoda pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari Guru mari raikan.

Template Dan Poster Hari Guru

Sumber : [1]

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

2 thoughts on “Contoh Ucapan Selamat Hari Guru Tahun 2024 & Pantun (Teacher’s Day)”

Leave a Comment