Koleksi Pantun Hari Guru Tahun 2024

By aiman

Published on:

pantun hari guru

Sebenarya terdapat pelbagai cara untuk anda luahkan penghargaan kepada cikgu anda. Tapi sempena hari guru, kami kongsikan koleksi pantun Hari Guru untuk tahun 2024. Lebih unik dan pastinya menarik berbanding sekadar ucapan biasa.

Inilah antara keunikan di Malaysia. Pelbagai cara untuk kita kongsikan ucapan penghargaan. Ada share di media sosial. Ada buat dalam bentuk poster, gambar dan video. Ada dalam bentuk sajak atau puisi. Kali ini kita buat dalam bentuk pantun untuk guru pula.

BACA JUGA : Puisi Hari Guru Tahun 2024

Hari Guru 2024 & Teacher’s Day

Hari Guru di Malaysia disambut setiap tahun pada tanggal 16 Mei. Pada hari yang istimewa ini, kita, khususnya pelajar atau murid bersama-sama meraikan dan beri penghargaan kepada semua golongan pendidik seperti guru atau cikgu.

Pada tahun ini, 16 Mei 2024 adalah jatuh pada hari Khamis. Dalam masa yang sama juga, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan Tema Hari Guru 2024 adalah “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI”.

Contoh Pantun Hari Guru Untuk Tahun 2024

Pantun ucapan Hari Guru ini anda boleh gunakan dan kongsikan kepada cikgu-cikgu anda. Ada anak murid yang buat sambutan di sekolah, boleh dedikasikan pantun 4 kerat untuk guru anda ketika hari sambutan tersebut.

Advertisements

BACA JUGA : Contoh Ucapan Selamat Hari Guru (2024)

Mungkin juga ada ingin bagi pantun ucapan guru besar atau kepada mana-mana pantun hari guru sekali pun. Disini kami kongsikan pantun ucapan Hari Guru yang anda boleh gunakan:

Jauh jauhari singgah makan,
Makanan kesukaan jadi tarikannya,
Selamat Hari Guru diucapkan,
Tanda penghargaan ilmu dicurahkannya.

Rusa diburu ada sebelas,
Tutup jerat menghadang titi,
Jasa guru tak minta dibalas,
Cukup setakat mengenang bakti.

Cantik bahasa si gadis desa,
Jinak merpati perilakunya,
Guru berjasa mendidik bangsa,
Hormati, taati, dan muliakan dirinya.

Pasang surut berhenti dulu,
Sudah pasang baru berangkat,
Orang patut menghormati guru,
Petua dipegang ilmu diingat.

Menanam padi ketika siang,
Mengambil ikan untuk dimakan,
Setiap hari engkau berjuang,
Untuk pendidikan dan kemanusiaan.

Pergi ke perpustakaan meminjam buku,
Buku dipinjam oleh si Iwan,
Banyak jasamu wahai guruku,
Terima kasih kami sampaikan.

Tujuh belas tahun, rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan dilupa.

Pohon kelapa tegak berdiri,
Kelapa ditanam tepi bangunan,
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.

Jalan ke Barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap kejadian.

Untuk sahabat, lama dan baru,
Warna biru, jadi hasrat,
Diucap Selamat Hari Guru,
Tanpa guru, hidup melarat.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Advertisements

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia

Pantun Hari Guru Lawak & Lucu

Haiwan kangaroo siap berangan,
Pandai melompat dan banyak akal,
Selamat Hari Guru Peringkat Kebangsaan,
Dari muridmu yang paling nakal.

Pergi berburu memasang khema,
Bawa lampu berwarna merah,
Wahai guru yang ramah-tamah,
Maafkan kami yang sering buat marah.

Kucing hitam berjalan malas,
Tersesat sampai nun Candi Borobudur,
Bila guru sudah di kelas,
Tak boleh ada murid yang tidur.

Jalan-jalan di kota Paris,
Letih berjalan makan bubur,
Bila guru bawa big pembaris,
Kelas diam seperti di kubur.

Tangal gatal kita garu,
Pergi ke hutan terjumpa pohon kuini,
Daku ingin ucapkan Selamat Hari Guru,
Pada semua guru pada tahun ini.

Semoga perkongsian Pantun Hari Guru tahun 2024 ini bermanfaat kepada anda khusus bagi pelajar-pelajar sekolah atau anak murid yang ingin sampaikan ucapan kepada cikgu dan guru-guru yang disayangi.

Sumber : [1]

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment