Puisi bukanlah sekadar karya sastra semata-mata, tetapi dengannya juga boleh menjadi medan penyampai. Jadi disini kami kongsikan contoh puisi Hari Guru untuk tahun 2024 yang anda boleh gunakan.
Diselitkan dengan kata-kata indah dalam setiap bait. Itulah keindahan karya sesebuah puisi. Sempena Hari Guru, inilah masanya anda gunakan karya yang indah seperti puisi untuk sampaikan rasa terima kasih kepada guru-guru anda.
Puisi sebenarnya antara medan penyampai yang anda boleh gunakan. Selain itu, ada sajak, pantun, gurindam, seloka dan pelbagai lagi. Tujuannya sama, adalah untuk sampaikan ucapan selamat dan terima kasih kepada guru di Malaysia.
Hari Guru Tahun 2024
Hari Guru di Malaysia disambut setiap tahun pada tanggal 16 Mei. Pada hari yang istimewa ini, kita, khususnya pelajar atau murid bersama-sama meraikan dan beri penghargaan kepada semua golongan pendidik seperti guru atau cikgu.
Pada tahun ini, 16 Mei 2024 adalah jatuh pada hari Khamis. Dalam masa yang sama juga, kerajaan telah mengumumkan Tema Hari Guru 2024 adalah “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI”.
Contoh Puisi Hari Guru Tahun 2024
Jadi untuk anda yang sedang mencari antara contoh Puisi Hari Guru, disini kami kongsikan untuk anda. Senarai puisi ini juga adalah berasal daripada penulisnya sendiri. Kami share untuk anda.
BACA JUGA : Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru 2024
1. Puisi Hari Guru #1 – Guru Oh Guru karya Usman Awang
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembutnya sabarnya mengajar tulis-baca
2. Puisi Hari Guru #2
Guru kau adalah pelita hidupku
Guru kau adalah pembimbingku
Guru terkadang diriku membuatmu kesal
Walaupun dirimu kesal kepadaku tetapi
Kau tetap membimbingku
Guru kau selalu memberi warna di setiap hariku
Guru kau memberi ilmu dengan segenap hatimu
Guru kau adalah pahlawan tanpa tanda jasa
Guru kau memberi kesan tersendiri terhadapku
Guru terima kasih atas semua pengorbananmu
Guru engkau akan selalu ku kenang seumur hidupku
3. Puisi Hari Guru #3
Sinar mentari terbenam dalam buih ketakutan
Pengharapan terkikis oleh jiwa keangkuhan
Angan dan cita melebur ketidakpastian
Adakah impian dalam gapaian
Wahai guruku
Selamtkan inspirasi kami dari yang yang suram
Pandu kami menuju masa depan cemerlang
Jauhkan kami dari keterpurukan
Bawa kami ke jalan kesuksesan
4. Puisi Hari Guru #4 – Terima Kasih Guruku
Dia adalah pelita di hidupku
Tak pernah lelah di hadapanku
Hanya demi untuk masa depanku
Tak akan sanggup terbalas olehku
Tanpa dirinya entap apa jadinya aku
Untukmu pahlawanku
Jasamu akan terngiang selalu
Pengorbananmu tak terbatas untukku
Hanya 1 kata yang bisa terucap dariku
Terima kasih… Terima kasih… Guruku
Dari aku yang dulu tak tahu apa-apa tanpamu
5. Puisi Hari Guru #5 – Obor Hemah karya A. Samad Said
Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.
6. Puisi Hari Guru #6 – Guruku karya Zam Ismail
Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri sejarah panjangnya.
Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.
Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.
Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.
7. Puisi Hari Guru #8 – Abadi Dalam Harum Nama karya Ismala
Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.
Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.
Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.
8. Puisi Hari Guru #8 – Bunga Sirih untuk Guru karya J. M. Aziz
Guru adalah ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.
Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.
Guru adalah lampu penyuluh
pendoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas
Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima sayang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.
9. Sajak Hari Guru #9 – Dia Seorang Guru karya Ismail Haji Adnan
Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
10. Puisi Hari Guru #10 – Terima Kasih Guru karya Zolkifli Alib (Sempena Hari Guru 2009)
Terima kasih guru
yang mengajarku dulu
membawaku ke ladang-ladang
ilmu
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum narwastu.
Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung
kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.
Terima kasih guru jauhari
yang membugar perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga Tuhan sentiasa memberkati.
Terima kasih guru tercinta
menyahut cabaran semangat perkasa
memperkukuh iltizam membina bangsa
gelanggang pendidikan diri diperhamba
modal insan dijana dipelihara
melahirkan pemimpin memacu negara.
Sumber : [1]