Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Negeri Sembilan Liga Super 2024

By aiman

Updated On:

Follow Us
terengganu vs negeri sembilan

Terengganu vs Negeri Sembilan antara perlawanan yang bakal berlangsung untuk hari pertama di minggu ketujuh (LS7) bagi saingan Liga Super 2024/2025 kali ini.

Selepas bermain di hujung minggu, perlawanan diteruskan dalam hari bekerja pula. Untuk pertemuan ini, ianya akan berlangsung pada 30 Julai 2024, hari Selasa bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Masing-masing mempunyai misi yang sama untuk mendapatkan kembali rentak kemenangan apabila kedua-dua pasukan ini tewas kepada lawan masing-masing pada sebelumnya.

Rekod Pertemuan Antara Terengganu vs Negeri Sembilan

Negeri Sembila pada musim kali ini, nampaknya masih โ€˜struggleโ€™ untuk mendapatkan kemenangan. Manakan tidak, dalam lima perlawanan, mereka telah tewas sebanyak 4 kali dan hanya pernah menang sekali sahaja.

Iklan Disini

Berbeza seperti pada musim lalu, dalam kedua-dua pertemuan untuk saingan liga, Negeri Sembilan menang sekali dan seri sekali kali ketika bertemu Terengganu.

Jika dibandingkan dengan prestasi semasa, Terengganu pastinya tidak berhadapan masalah untuk menundukkan Negeri Sembilan, lebih-lebih lagi bermain di halaman sendiri.

Terengganu juga pastinya ingin kembali temui sentuhan kemenangan, yang mana ianya penting untuk aksi pada hujung minggu ini bagi timbal balik kedua untuk saingan Piala FA.

Siaran Langsung Terengganu vs Negeri Sembilan

Untuk perlawanan ini, ianya akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM iaitu di Sukan RTM sahaja. Tiada tayangan langsung di TV Okey. Jadi untuk pengguna Astro, saluran ini tiada disediakan di platform tersebut.

Jadi alternatif, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform RTM Klik secara percuma sahaja. Boleh menggunakan sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan antara Terengganu vs Negeri Sembilan bagi aksi Liga Super 2024/25 minggu ketujuh (LS7) yang berlangsung pada 30 Julai ini, hari Selasa.

Iklan Disini

FT : Terengganu (3) โ€“ (2) Negeri Sembilan

  • Mika 16โ€ฒ
  • Safawi Rasid 45+2โ€ฒ
  • Nnabuike Chukwu 49โ€ฒ
  • Jacque Faye 53โ€ฒ
  • Akhyar Rashid 59โ€ฒ

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
TV : Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment