Derby Pantai Timur sebenar kini menjelma apabila mempertemukan Terengganu vs Sri Pahang dalam saingan Liga Super 2024/2025 untuk minggu kesembilan (LS9) yang juga merupakan perlawanan pembukaan pada hari kedua.
Seperti yang dijadualkan, ianya akan berlangsung pada 16 Ogos 2024, iaitu hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak. Sepak mula akan berlangsung pada jam 8.15 malam.
Terengganu Ingin Teruskan Rentak Kemenangan
Kalau terakhir derby Pantai Timur ini berlaku adalah pada tahun 2023 yang lalu dimana Sri Pahang berjaya menumpaskan Terengganu. Akan tetapi kini, dengan pasukan yang lebih unggul, pastinya ada sesuatu yang mungkin berlaku.
Jika dilihat daripada segi prestasi dalam saingan liga, Terengganu kini sudah memenangi dua perlawanan berturut-turut. Pastinya rentak kemenangan ini ingin diteruskan untuk kali ketiga ketika perlawanan Terengganu vs Sri Pahang.
Dengan keputusan itu juga, ianya mengukuhkan lagi kedudukan Skuad Penyu di tempat ketiga yang kini mempunyai 14 mata dengan kedudukan ketiga iaitu dibelakang Selangor.

Adakah Sri Pahang Mampu Mencari Kemenangan Kedua
Sri Pahang kini tidak menang dalam enam perlawanan terakhir. Dalam tempoh itu, mereka telah tewas dan seri sebanyak tiga kali masing-masing. Tidak kira bermain away atau home, mereka masih tidak mampu untuk meraih 3 mata.
Dengan prestasi yan memberangsangkan untuk skuad Terengganu, Sri Pahang pastinya akan mengalami mimpi ngeri sekali lagi. Dengan kelebihan sebagai tuan rumah, bermain di hadapan penyokong sendiri, perlawanan ini sepertinya untuk Terengganu.
Tetapi inilah bola sepak, segalanya boleh berlaku. Mungkin juga dengan semangat derby kali ini, Sri Pahang mampu bangkit di Gong Badak dan berjaya mencipta magis ketika bertemu Terengganu nanti.
Siaran Langsung Terengganu vs Sri Pahang – Live Streaming
Pasti ramai yang menantikan perlawanan ini. Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke Terengganu, anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv.
Tayangan secara live akan dibuat menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Jadi pengguna Astro, boleh saksikan perlawanan ini di rumah bersama keluarga.
Bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Harga bermula RM13.50 untuk pass satu perlawanan atau RM29.60 secara bulanan.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan Terengganu vs Sri Pahang bagi aksi Liga Super 2024/2025 untuk minggu kesembilan (LS9) yang berlangsung pada Jumaat, 16 Ogos 2024.
FT : Terengganu (1) – (1) Sri Pahang
- Nurillo Tukhtasinov 45+2′
- Stefano Brundo 90+3′
Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka