Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Svey Rieng Shopee Cup 2024/2025

By aiman

Updated on:

terengganu vs svey rieng shopee cup

Asean Club Championships atau juga digelar Shopee Cup 2024/2025 kini bakal bermula dan wakil Malaysia adalah menerusi perlawanan Terengganu vs Svey Rieng FC iaitu wakil Filipina.

Seperti yang dijadualkan, perlawanan ini akan berlangsung pada 21 Ogos 2024, hari Rabu dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam. Terengganu terlebih dahulu akan melayan kunjungan pasukan lawan.

Terengganu Wakil Daripada Malaysia Untuk Asean Club Championship Shopee Cup 2024/2024

Ini merupakan edisi ketiga bagi Kejohanan Kelab-Kelab Asia Tenggara yang mana kali terakhir di adakan adalah pada tahun 2005. Terengganu dan KL City merupakan wakil negara bagi merebut kejuaraan ini.

Advertisements

Secara amnya, Shopee Cup 2024/2025 akan berlangsung dari 21 Ogos 2024 hingga 21 Mei 2025. Ianya bermula daripada peringkat kumpulan dan kemudian ke peringkat kalah mati sehinggalah ke pusingan akhir.

Terengganu telah diundi dalam kumpulan A bersama-sama BG Pathum United, PSM Makassar, Dong A Thanh Hoa, Svey Rieng dan Shan United. Manakala untuk kumpulan B pula terdiri daripada Buriram United, KL City, Ha Hanoi FC, Kaya FC, Borneo FC dan Lion City Sailors FC.

Siaran Langsung Terengganu vs Svey Rieng

Sebuah perlawanan antarabangsa. Pastinya pemain sangat teruja untuk menguji pasukan jiran dan menentukan siapakah yang lebih jaguh dalam sukan bola sepak mewakili kelab masing-masing.

Penonton juga pastinya tidak sabar-sabar untuk saksikan perlawanan ini secara langsung. Anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Manakala bagi yang tidak mempunyai akses Astro, boleh tonton secara live streaming menerusi platform Sooka. Boleh menggunakan laman web atau aplikasi mobile untuk striming live.

Advertisements

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan antara Terengganu vs Svey Rieng bagi kejohanan Shopee Cup 2024/2025 yang berlangsung pada 21 Ogos 2024, hari Rabu.

FT : Terengganu (2) – (3) Svey Rieng

  • Gabriel 12′
  • Pablo 16′
  • Manuel Ott 55′
  • Min Ratanak 86′
  • Safawi Rasid 90+1′ (P)

Masa : 9.00 malam
Vaneu : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment