Mengajar anak membaca sejak kecil adalah langkah penting untuk perkembangan bahasa dan pemahaman mereka. Namun, ramai ibu bapa berdepan cabaran kerana anak cepat bosan atau kurang fokus.
Oleh itu, teknik ajar anak membaca secara santai adalah pendekatan terbaik untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.
Kaedah santai membantu anak belajar tanpa tekanan, sekaligus meningkatkan minat mereka terhadap bacaan. Dengan teknik yang betul, anak dapat mengenal huruf, dapat tahu suku kata, mengeja, dan membaca dengan lancar tanpa rasa terpaksa.
BACA JUGA : Kaedah Parenting Yang Sesuai Untuk Ibu Bapa Baru
Penggunaan bahan interaktif seperti buku bergambar, kad imbas, lagu fonik, dan permainan membaca akan menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik.
Jadi disini, Puan Azila Ghani ada kongsikan kaedah dan cara ajar anak membaca secara santai sahaja di rumah. Jadi mungkin ibu bapa boleh praktikkan sendiri kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Cara Ajar Anak Membaca Dan Boleh Praktis Di Rumah
Saya nak kongsi cara saya ajar anak belajar membaca.
Sebenarnya kan, sebelum ajar anak membaca ni ada benda kita kena buat. Macam sebelum menulis la, ada benda lain lagi yang kita kena buat. Tapi sekarang kita fokus untuk membaca. Kan masuk bab tu sampai esok tak habis..
To be honest, saya ajar anak menggunakan kaedah fonik. Dan saya join kursus dengan pengasas fonik untuk kuasai kaedah ni.
Tapi jangan bimbang. Kalau ibu-ibu nak ajar anak ikut kaedah mengeja suku kata pun, cara saya ni masih lagi boleh ikut. Okay..saya kongsi step-by-step ya.
TIPS 1 : “Read Loud”
Bacakan buku untuk anak sejak mereka kecil. Seawal 6 bulan pun mommies dah boleh bacakan mereka buku cerita.
Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan yang selalu dibacakan buku cerita seawal usia 6 bulan & sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.
Beri masa dulu untuk anak pandai bercakap, pandai dengar arahan sebelum ajar mereka membaca. Ikut OT (Occupational therapist) yang saya follow pun, tak perlu ajar abc,123 bawah 2-3 tahun tu. Fokus perkembangan lain dulu tau mommies.
TIPS 2 : Dengar Lagu
Irama dan lagu ni sangat bagus untuk otak anak. Tambah bila mereka menari sekali.
Untuk fonik saya dengarkan anak lagu “Abu Ada Ayam”. Ini link video ya kalau mommies nak tengok; https://www.youtube.com/watch?v=f39vJWvPgNE
Kalau tak guna fonik, menari dan berjoget dengan lagu abc pun boleh.
TIPS 3 : Bermain Dengan Huruf
Okay yang ni kami buat banyak aktiviti. Setiap huruf tu akan ada aktiviti dia sendiri.
Contoh macam A untuk ayam. Kami guna kulit telur ayam untuk tampal pada kertas. Telur tu biar anak sendiri yang kupas.

Saya suka kalau aktiviti tu dapat rangsang sekali motor halus, motor kasar, koordinasi mata-tangan anak.


Then, boleh juga buat aktiviti tabur huruf, bunyikan atau sebut, then anak cari. Eh, banyaklah game boleh direka


TIPS 4 : Part Gabung Bunyi
Kami guna fonik jadi sebut gabung bunyi. Kalau mengeja pun boleh.
Part sini saya diy muka hello kitty tu. Letak huruf satu-satu macam dalam gambar.

/beh/ kawan dengan /aa/ jadi “ba”. Atau kalau mengeja ‘b’ kawan ‘a’ jadi “ba”.
Kalau taknak diy & nak cari yang lebih menarik lagi silalah mommies cari yang namanya flip-card wow.
TIPS 5 : Aktiviti Suku Kata
Okay kalau anak dah boleh sebut gabungan dua huruf, banyakkan lagi aktiviti mereka.
Contoh ada dekat gambar

Suka part bahagian badan sebab banyak sangat jumpa suku kata terbuka.
- Da-hi
- Pi-pi
- Da-gu
- ka-ki

Ya..belajar dengan buku best. Tapi budak-budak kan, buat aktiviti lagi diaorang seronok.
Saya pula style suka bawa keluar apa yang ada dalam buku tu. Buat jadi benda maujud. Pegang, sentuh, rasa dan lain-lain.
Ini juga antara cara mengajar anak membaca suku-kata.
TIPS 6 : Membaca Di Mana-Mana
Bila anak dah boleh membaca sikit-sikit, selalulah ajak anak membaca bersama-sama.
Contohnya mommies baca satu ayat dalam buku, bagi anak sambung ayat kedua. Fun kan?
Tampal poster-poster bacaan yang anak mudah lihat. Membaca bukan hanya di buku ya.

TIPS 7 : JANGAN STRESS!
Last but not least, itulah dia. Jangan stress mommies. Bila kita stress anak tahu dan boleh stress sama. Fikir untuk buat aktiviti menarik minat anak. Selalu peluk & puji.
JANGAN STRESS, JANGAN GUNA KAEDAH ‘DRILLING’. MAKE IT FUN.
Kalau tanya saya dulu, aktiviti yang dibuat hanya ambil masa 5-15 minit sehari. Selebihnya bermain, bermain dan bermain.
Sedar-sedar, eh, dah lancar dah dia membaca.
Semoga mommies dapat manfaat daripada sharing saya malam ini.
Terima kasih sudi baca sampai habis.
Sekian~
Sumber Asal : Azila Ghani