Peminat bola sepak Asia Tenggara bakal dihidangkan dengan aksi menarik apabila Manchester United akan turun menentang ASEAN All Stars dalam satu perlawanan persahabatan dalam siri jelajah pra musim.
Perlawanan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara kelab gergasi England itu dengan penyokong di Asia, malah memberi peluang kepada bakat muda di sekitar Asia Tenggara untuk beraksi menentang salah satu pasukan paling terkenal di dunia.
Apa Yang Menarik Tentang Perlawanan Manchester United vs ASEAN All Stars Ini
Perlawanan ini bukan sahaja mempamerkan kehebatan Manchester United, tetapi juga memberi peluang kepada pemain bintang dari negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Singapura untuk menonjolkan bakat mereka di pentas antarabangsa.
ASEAN All Stars dijangka dibarisi pemain terbaik liga-liga tempatan yang mempunyai potensi besar untuk mencabar pasukan lawan. Wakil Malaysia dibarisi oleh Haziq Nadzli, Declan Lambert, Azam Azmi, Adib Ra’op dan Sergio Aguero.
Selain itu, perlawanan ini juga berfungsi sebagai sesi pra-musim yang penting buat Manchester United. Ia memberi ruang kepada jurulatih dan pemain untuk menguji taktikal serta membina keserasian sebelum saingan liga bermula.
Tarikh dan Lokasi Perlawanan
Perlawanan antara Manchester United vs ASEAN All Stars dijadualkan berlangsung pada 28 Mei 2025, hari Rabu bermula pada pukul 8.45 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Bagi orang ramai terutamanya die-hard fans Red Devils, anda berpeluang untuk menonton secara live di stadium dengan dapatkan tiket masuk menerusi laman web ticket empire di https://www.myticketempire.com/manumy.
Harga tiket bermula dengan RM50 sehingga RM1500 untuk tiket VIP.
Siaran Langsung dan Live Streaming di MUTV
Untuk peminat yang tidak dapat hadir ke stadium, berita baik buat anda kerana perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di MUTV.
MUTV ialah saluran rasmi Manchester United yang menawarkan liputan eksklusif perlawanan, sesi latihan, temu bual pemain dan banyak lagi kandungan menarik.

Cara Menonton di MUTV:
- Langganan MUTV Online
Anda boleh melanggan MUTV secara dalam talian melalui laman web rasmi www.manutd.com/mutv atau memuat turun aplikasi MUTV di peranti mudah alih (Android/iOS). - Langganan Bulanan atau Tahunan
Pilihan langganan yang fleksibel ditawarkan, bermula dari hanya beberapa ringgit sebulan. Dengan langganan aktif, anda bukan sahaja boleh menonton perlawanan ini, malah menikmati pelbagai kandungan eksklusif sepanjang musim. - TV Berbayar atau Penstriman Lain
Jika anda pengguna Astro dengan pakej Sukan, anda boleh dapatkan akses percuma di BeinSport Connect.
Tayangan Siaran Tertunda Di Astro
Bagi yang tidak berkesempatan atau terlepas untuk saksikan secara langsung untuk perlawanan Manchester United vs ASEAN All Stars ini, Astro turut bawakan tayangan siaran tertunda iaitu pada esok hari, 29 Mei 2025, Khamis, jam 8.00 malam di Astro Grandstand 810.
Senarai Pemain ASEAN All Stars
Berikut merupakan senarai pemain yang dipanggil bagi menyertai pasukan ASEAN All Stars bertemu Manchester United

Keputusan Perlawanan
FT : Manchester United (0) – (1) ASEAN All Stars
- Maung Maung Lwin 71′
Masa : 8.45 malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : MUTV











1 thought on “Siaran Langsung Manchester United vs ASEAN All Stars Dan Live Streaming Di MUTV”
Comments are closed.