Bagi tahun 2025 ini, sebenarnya sudah banyak telefon harga bawah RM500 yang menawarkan fungsi terbaik dalam kelasnya. Jadi anda boleh dapat lebih berjimat disamping mempunyai handphone yang terbaik
Telefon harga bawah RM500 ini telah dikelaskan dalam kelas bajet dimana lebih ramai lagi yang mampu untuk dapatkan telefon pada harga ini.
Ada juga kelas pertengahan iaitu RM1000 kebawah dan lepas daripada RM1000 berada di dalam kelas mewah yang mungkin hanya beberapa golongan sahaja yang mampu.
Telefon ini pastinya mensasarkan golongan yang kurang berkemampuan, pelajar atau mereka yang mahukan telefon ke-2 sebagai tambahan.
Dengan harga yang ditawarkan, anda tidak mampu untuk dapatkan kualiti yang seperti telefon yang lebih mahal sebaliknya ianya bersesuai dengan harga.
Mungkin ada antara kita mahukan telefon harga bawah RM500 ini kerana ianya adalah telefon ke 2 yang mungkin digunakan untuk whatsapp bagi urusan perniagaan sahaja.
Ataupun ibu bapa yang sudah tua tetapi ingin berkomunikasi bersama anak-anak menggunakan whatsapp dan video call. Rasanya kelas bajet ini sudah cukup bagi mereka.
Kalau anda ingin dapatkan chipset dan RAM yang tinggi dengan harga ini, pasti anda kecewa. Nak buat main game, edit gambar, dan beberapa perkara yang perlukan chipset dan ram yang besar, anda perlu pergi ke kelas pertengahan atau kelas mewah 9 (flagship).
Kebiasaanya telefon harga bawah RM500 bagi tahun 2025 ini mempunyai RAM sebesar 4GB, camera dengan 8MP/2MP, Memory sebesar 64GB/128GB, Chipset Snapdragon 439 atau Helio P22, dan bateri sebesar 3,000 mAh. Ini merupakan perkara minima yang sepatutnya ada pada telefon harga bawah RM500.
10 Telefon Harga Bawah RM500 Untuk Tahun 2025
Senarai ini tidak mengikut harga atau cadangan daripada penulis sebaliknya ianya adalah secara rawak. Ianya juga disediakan pautan TikTok Shop dan Shopee bagi anda dapatkan telefon ini pada store yang dipercayai.
1. OPPO A5i

Telefon tahan lasak dengan piawaian ketenteraan dan kalis percikan (IP54) serta skrin 6.67″ dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan sehingga ~1000 nits.
Sekali gus menjadikannya phone keluaran Jun 2025 ini sesuai untuk penggunaan luar dan keadaan kasar. Dilengkapi pengecas pantas 45W untuk kecekapan pengecasan.
Spesifikasi utama:
- Skrin : 6.67″ LCD, resolusi 1604×720 (HD+), 90Hz refresh rate, ~1000 nits brightness.
 - Cip : Qualcomm Snapdragon 6s 4G Gen1
 - RAM/Storan : 4GB/128GB atau 6GB/128GB
 - Kamera Belakang : 8MP utama
 - Kamera Depan : 5MP
 - Bateri: ~5,100mAh, pengecasan 45W SUPERVOOC
 - Ketahanan : Tahan jatuh (mil-std) dan IP54 kalis percikan
 - Dimensi/Berat: ~165.77mm × 76.08mm × 7.68mm, berat ~186g
 
2. Samsung Galaxy A07 (LTE)

Telefon entry-level dari Samsung dengan skrin besar 6.7″, kadar segar semula 90Hz dan kamera utama 50MP. Memberikan pengalaman visual yang lancar dan imej yang tajam dalam segmen bajet.
Tambahan ciri kalis air dan kalis semburan IP54 menyokong penggunaan harian yang lebih tahan. Antara pilihan yang baik untuk telefon harga bawah RM500 terkini.
Spesifikasi utama:
- Skrin : 6.7″ PLS LCD, resolusi 720×1600 (HD+), refresh rate 90Hz
 - Cip : MediaTek Helio G99 (6nm)
 - RAM/Storan : Variasi 4/64GB, 4/128GB, 6/128GB, 8/256GB.
 - Kamera Belakang : 50MP + 2MP depth sensor
 - Kamera Depan : 8MP
 - Bateri : 5,000mAh
 - Ciri tambahan : IP54 perlindungan debu & air
 
3. TECNO Spark 30 5G

Telefon ini menawarkan paparan besar 6.67″ dengan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman lancar, disokong oleh cip 5G MediaTek Dimensity 6300 (6 nm) dan storan besar hingga 256GB.
Ianya sesuai untuk penggunaan harian dan multitask. Tambahan seperti NFC, rating IP54 untuk tahan percikan air dan debu, serta kamera utama 108MP menjadikannya nilai baik dalam segmen bajet 5G.
Spesifikasi utama:
- Paparan : 6.67″ IPS LCD, resolusi 720 × 1600 (HD+), refresh rate 120Hz
 - Cip / Platform : MediaTek Dimensity 6300 (6 nm) – octa-core (2×2.4GHz Cortex-A76 + 6×2.0GHz Cortex-A55)
 - RAM / Storan : Variasi 6GB/128GB atau 8GB/256GB
 - Kamera belakang : 108MP utama, triple flash
 - Kamera hadapan : 8MP
 - Bateri : 5,000mAh, pengecasan 18W
 - Ketahanan / Ciri lain : IP54 tahan debu & percikan air, NFC, side-mounted fingerprint sensor, dual SIM aktif
 - Saiz & Berat : 165.4 × 76.8 × 7.8 mm, berat ~191g
 
4. POCO C85

Telefon ini menonjol dalam segmen bajet dengan skrin besar 6.9″ 120Hz yang lancar, bateri 6,000 mAh untuk penggunaan lama, pengecasan pantas 33W dan sambungan NFC.
Tambahan lain seperti rating IP64 untuk kalis habuk dan percikan air menjadikannya pilihan praktikal dan berbaloi dalam bajet. Antara telefon harga bawah RM500 terbaik yang anda boleh dapatkan.
Spesifikasi utama:
- Sistem operasi : Android 15 dengan antaramuka HyperOS 2
 - Skrin : 6.9″ IPS LCD, resolusi 1600×720 (HD+), refresh rate 120Hz, peak brightness ~810 nits
 - Cip : MediaTek Helio G81 Ultra (12 nm) octa-core
 - RAM / Storan : hingga 6GB + 128GB atau 8GB + 256GB
 - Kamera Belakang : 50MP utama + lensa sokongan (dual)
 - Kamera Hadapan : 8MP
 - Bateri : 6000 mAh dengan pengecasan pantas 33W; sokong pengecasan terbalik 10W
 - Ketahanan/ciri tambahan : IP64 (habuk & percikan), side-mounted cap jari, 3.5mm jack, NFC
 
5. Nubia V60 Design

Telefon ini menonjol dengan reka bentuk “Sky-mirror” yang moden serta rupanya yang nipis-dan-bergaya, dilengkapi skrin 6.6″ dengan kadar segar semula 90Hz dan “Live Island” (lubang notifikasi/pill) untuk pengalaman visual menarik.
Tambahan lain, Nubia V60 menawarkan storan besar 256GB dan RAM boleh berkembang memberi nilai baik dalam segmen bajet.
Spesifikasi utama
- Skrin : 6.6″ HD+ (≈1612×720), kadar segar semula 90Hz
 - Cipset : Unisoc T606 octa-core (12nm) sebagai pilihan asas
 - RAM / Storan : 6 GB + “10 GB boleh berkembang” + 256 GB ROM (varian ini)
 - Kamera belakang : 50 MP utama + 2 MP sekunder (depth) + AI sensor
 - Kamera hadapan : 8 MP
 - Bateri : 5000 mAh dengan pengecasan pantas ~22.5W
 - Ciri tambahan : “Live Island” reka bentuk cut-out notifikasi, reka bentuk kaca bersinar “Sky-mirror”, dual SIM, NFC di beberapa pasaran
 - Dimensi : ~164.2 × 75.3 × 8.6mm dan berat ~198g
 
6. Realme Note 70

Telefon ini tampil dengan bateri besar 6,300 mAh dalam badan ultra-nipis sekitar 7.94mm, dilengkapi ciri tahan lasak seperti perlindungan ArmorShell, rintangan jatuh mil-std 1.8m dan rating IP54 (habuk & percikan).
Manakala, Realme Note menawarkan saiz Skrin 6.74″ dengan refresh rate 90Hz memberikan pengalaman visual lancar serta sesuai untuk penggunaan harian yang tahan lama. Antara pilihan terbaik telefon harga bawah rm500.
Spesifikasi utama:
- Sistem operasi : Android 15 dengan realme UI
 - Skrin : 6.74″ (≈17.13 cm) HD+ (720×1600), refresh rate sehingga 90Hz, kecerahan puncak ~563 nits
 - Cipset : UNISOC T7250 (12nm) octa-core
 - RAM / Storan : 6 GB RAM (boleh dikembangkan ke ~18 GB dengan “Dynamic RAM”) + 128 GB storan
 - Kamera belakang : 13MP utama
 - Kamera hadapan : 5MP
 - Bateri : 6,300 mAh (typikal) + pengecasan pantas 15W; sokong pengecasan terbalik 6W
 - Ketahanan & Ciri tambahan : ArmorShell™ perlindungan, tahan jatuh hingga 1.8m, rating IP54, reka bentuk ultra-nipis 7.94mm
 - Dimensi & Berat : ~167.2 mm × 76.6 mm × 7.94 mm; berat ~201g
 
7. Redmi 15C

Redmi 15C menawarkan skrin besar 6.9″ dengan kadar segar semula 120Hz yang lancar untuk tontonan dan navigasi. Telefon harga bawah RM500 terbaik kini dipasaran.
Bateri 6 000 mAh memberikan jangka penggunaan panjang, manakala rating IP64 habuk dan percikan menambah ketahanan harian. Kamera utama 50MP dan pengecasan pantas 33W melengkapkan nilai dalam segmen bajet.
Spesifikasi utama:
- Paparan : 6.9″ IPS LCD, resolusi HD+ (~1600×720), refresh rate 120Hz
 - Cipset : MediaTek Helio G81-Ultra (12nm) untuk versi 4G; atau Dimensity 6300 untuk varian 5G
 - RAM / Storan : Contoh 6GB RAM + 128GB storan; juga varian hingga 8GB + 256GB
 - Kamera belakang : 50MP (utama) + sensor sokongan
 - Kamera hadapan : 8MP
 - Bateri : 6,000 mAh dengan pengecasan pantas 33W
 - Ciri tambahan : Rating IP64 (habuk & percikan), slot mikroSD, sidemounted cap jari, 3.5mm jack
 - Saiz / Berat : ~171.6 × 79.5 × 8mm, berat ~205g untuk varian 4G
 
8. VIVO Y04

Telefon ini tampil dengan bateri besar 5,500 mAh yang dijamin “5-Year Battery Health”, bersama sijil SGS lima-bintang ketahanan jatuh dan rating IP64 untuk kalis habuk & percikan. Sesuai untuk kegunaan harian yang lasak.
Dengan harga telefon bawah RM500, ianya mampu menawarkan saiz skrin 6.74″ dengan kadar segar semula 90Hz turut memberi pengalaman visual lancar.
Spesifikasi utama:
- Skrin : 6.74″ IPS LCD, resolusi ~720×1600 (HD+), refresh rate 90Hz, brightness peak ~570 nits
 - Cipset : Unisoc T7225 octa-core (12 nm)
 - RAM / Storan : 4GB RAM + 128GB ROM (dengan “Expandable RAM” ke ~8GB) dalam varian asas
 - Kamera Belakang : 13MP utama + 0.08MP auxiliary
 - Kamera Hadapan : 5MP
 - Bateri : 5,500 mAh (typical) dengan pengecasan 15W
 - Ketahanan : IP64 rating untuk habuk/percikan air; SGS Military-Grade “drop resistance”
 - Saiz & Berat : ~167.3 × 76.95 × 8.19 mm; berat ~199g
 
9. ZTE Blade A73 5G

Telefon ini menawarkan sambungan 5G pada harga bajet, dipadankan dengan skrin 6.52″ HD+ dan kadar segar semula 90 Hz untuk navigasi lancar.
Dilengkapi bateri 5000 mAh untuk tempoh penggunaan yang tahan lama, serta konfigurasi RAM “dinamik” yang membantu multitugas dengan lebih lancar. Dapatkan sekarang telefon harga bawah RM500 ini.
Spesifikasi utama:
- Skrin : 6.52″ HD+ (≈720×1600), refresh rate 90Hz
 - Cipset : Unisoc T760 (8-teras) menyokong 5G
 - RAM / Storan : 128 GB storan dalaman; RAM asas dari 4GB dan boleh “terluas” (Dynamic RAM) sehingga lebih besar – varian 6+128 GB juga wujud
 - Kamera belakang : 50MP utama + 2MP sekunder (varian Malaysia)
 - Kamera hadapan : 5MP
 - Bateri : 5000 mAh
 - Dimensi / Berat : 163.5 × 75.2 × 8.5 mm; berat ~200g
 
10. Redmi 14C

Redmi 14C hadir dengan paparan besar 6.88″ dan kadar segar semula hingga 120Hz, memudahkan tontonan dan navigasi lancar. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G81‑Ultra, ia menawarkan prestasi mencukupi dalam kelas bajet.
Antara telefon harga bawah Rm500 yang menawarkan tambahan storan 128GB atau 256GB, kamera utama 50MP dan bateri 5,160 mAh dengan pengecasan pantas menjadikannya nilai baik untuk pengguna umum.
Spesifikasi utama:
- Sistem operasi : Android 14 + HyperOS
 - Paparan : 6.88″ IPS LCD, resolusi 1640×720 (HD+), kadar segar semula hingga 120Hz
 - Cipset : MediaTek Helio G81-Ultra.
 - RAM / Storan : Variasi 6GB + 128GB atau 8GB + 256GB
 - Kamera belakang : 50MP utama + 2MP (depth) / tambahan sensor
 - Kamera hadapan : 13MP
 - Bateri : 5,160 mAh dengan pengecasan pantas 18W
 - Ciri tambahan: slot microSD, 3.5mm jack, side-mounted fingerprint
 - Dimensi: ~171.9×77.8×8.22 mm; berat sekitar 204-211g
 
Itulah antara 10 senarai telefon harga bawah RM500 yang anda boleh dapatkan di pasaran untuk tahun 2025 ini. Ianya berdasarkan review daripada orang ramai dan juga fungsi yang masih baik dan tidak outdated berbanding yang lain.












