Senarai Lagu Raya 2026 – Baru & Trending

By aiman

Published On:

Follow Us
lagu raya 2026

Menjelang ketibaan Syawal, sambutan Hari Raya pastinya terasa kurang lengkap tanpa kehadiran lagu-lagu raya.

Setiap kali Aidilfitri semakin hampir, pelbagai lagu bertemakan perayaan ini mula diperkenalkan kepada pendengar.

Selain lagu klasik yang sering diputarkan saban tahun, terdapat juga karya baharu yang dilancarkan, termasuklah beberapa lagu raya yang muncul sepanjang tahun 2026.

BACA JUGA : Lagu Raya Trending Untuk Tahun 2025

Irama lagu raya sememangnya memainkan peranan besar dalam memeriahkan suasana perayaan. Malah sebelum Syawal tiba, lagu-lagu ini sudah mula berkumandang di stesen radio serta pelbagai platform penstriman digital. Tidak hairanlah apabila suasana raya dapat dirasai lebih awal apabila alunan lagu raya mula memenuhi ruang pendengaran.

Menariknya, lagu raya hadir dalam pelbagai genre dan membawa kisah yang berbeza-beza. Ada yang menyentuh emosi dengan tema kerinduan, manakala ada juga yang lebih ceria dan menggembirakan.

Selain menikmati lagu-lagu evergreen yang sentiasa menjadi pilihan ramai, pendengar juga boleh menghiburkan diri dengan karya raya baharu yang diperkenalkan setiap tahun.

Bagi tahun ini, ramai artis tempatan turut tampil menghasilkan lagu raya mereka sendiri. Antara nama yang terlibat termasuklah De Fam, Aisha Retno, Nabila Razali, Faizal Tahir bersama Senariounion dan Hael Husaini. Tidak ketinggalan juga beberapa selebriti dan influencer yang turut mengambil peluang memeriahkan musim perayaan dengan karya raya masing-masing.

Senarai Lagu Raya Terbaru Tahun 2026

Untuk memudahkan anda, berikut merupakan senarai Lagu Raya 2026 yang anda boleh cari dan dengar dengan beserta tajuk lagu dan penyanyi di saluran Youtube:

  1. Iman Troye, Ammar Haikal, Hadie El Fardie, Eznny – Selamat Tahun Baru Raya
  2. Halim Ahmad X Inteam – Meriah Raya
  3. Sakura Band – Raya Di Kampung
  4. Hael Husaini – Lagu Raya Untukmu
  5. Syasya Rizal- Inikan Hari Raya
  6. Mimifly- Rilek Raya
  7. Faizal Tahir & Senariounion – Bila Lagi Nak Jumpa
  8. Aisha Retno – Jodoh Raya
  9. Hadie, Odda & Ammar – Dentum Dentum Raya
  10. Mas Idayu – Happy Happy Aidilfitri
  11. 3P – Setahun Sekali
  12. Zaki Yamani, Merrah – Raya Taknal Single
  13. Fahimi & Ewal – Ting Tang Raya
  14. Hady Mirza – Sekejab Dah Raya
  15. Amad Dayyan & Thalita – Rasa Raya
  16. Hael Husaini & ALPHA – Raya Macam Raya
  17. Dato’ Sri Aliff Syukri, Datin Sri Nur Shahida, Qadejah El Zahra & Ammar Ahyan – Mama Papa Raya
  18. De Fam – Pok Pek Raya
  19. Nabila Razali ft Nabil Ahmad – Tak Sabar Nak Raya
  20. Faradhiya – Eh Ah! Raya
  21. Ifa Raziah – Gedik Raya
  22. Auntie Purple – Warisan Raya
  23. Iman Troye & Asslah – Jemput Jemput Raya
  24. Tyka Zatyka – Berseri Di Hari Raya
  25. Riz Zaizizi, Acha – Bulan Dah Nampak
  26. Iman Troye, Datuk Aliff Syukri – Tung Tung Raya
  27. Daniesh Suffian, NAZU – Matching Raya
  28. Umbrella – Erti Syawal
  29. De Fam – Pok Pek Raya
  30. Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Beraya Dengan Saya
  31. XPOSE – Gema Syawal
  32. HAVOC X SENARIOUNION – Havocnya Raya
  33. Fazura, Fatima – Raya Pum Pang Lagi
  34. Fetya – Gema Syawal
  35. Alif Satar & The Locos – Raya Sama Sama
  36. Wani Kayrie – Kampung Kita
  37. Sharul Kamal & Mierul Aiman – Duit Raya
  38. Baby Shima – Raya Duit
  39. Hael Husaini – Lagu Raya Untukmu
  40. Kitshafiq, Syeriena Marcella ft. Masmera – Raya Kira Jadi
  41. Sterk – Raya Check
  42. ALPHA – Rindu Raya
  43. Roslan Shah & Yassin Senario – Alamak! Terlepas Bas Raya
  44. Bella Astillah – Ya Raya
  45. Ernie Zakri, Syamel – Suasana Raya
  46. Iman Troye, XO Jr. – AYUH RAYA!
  47. Ehin & Iera Milpan – Tunaikan Saja Hari Raya
  48. Usop – Syawal Ini
  49. Kapak – Rona Raya
  50. Fieya Julia, Ain Syakirah, Kyra Bahar, Qhadijah, Farah Insyirah – Salam Hari Raya
  51. Mark Adam, Furhan Zahari, Chaca Trisha – Teman Raya
  52. Ojenn Aiwahhh – Raya 20 Simpang
  53. AGY – LaLa Raya

Dah dengar semua lagu raya terbaru ni? Korang rasa mana yang paling best?

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now