Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia mula beralih kepada bank digital untuk urusan harian antaranya adalah AEON Bank. Kalau dulu ramai masih selesa pergi ke cawangan bank untuk transfer duit atau semak baki, sekarang semuanya boleh dibuat terus melalui telefon pintar.
Ramai mula tertarik dengan bank ini sebab ia menawarkan pengalaman perbankan yang lebih mudah, cepat dan moden. Tambahan pula, jenama AEON memang sudah lama dikenali di Malaysia melalui pusat membeli-belah dan servis kewangan mereka. Jadi tidak hairanlah ramai pengguna rasa lebih yakin untuk mencuba platform bank digital ini.
Menariknya, masih ramai yang belum tahu apa sebenarnya kelebihan menggunakan AEON Bank berbanding bank biasa. Ada yang ingat ia sekadar aplikasi simpan duit semata-mata, sedangkan sebenarnya terdapat banyak fungsi dan manfaat yang boleh memudahkan urusan harian pengguna.
Apa Itu AEON Bank?
Sebelum cerita lebih lanjut tentang kelebihan, ramai sebenarnya masih tertanya-tanya apa itu AEON Bank.
Secara ringkas, AEON Bank ialah bank digital yang beroperasi secara online tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada cawangan fizikal seperti bank tradisional. Pengguna boleh buka akaun, transfer duit, bayar bil dan semak transaksi hanya menggunakan aplikasi mudah alih.
BACA JUGA : Cara Daftar AEON Bank Secara Online Menggunakan Aplikasi Secara Percuma
Konsep bank digital ini semakin berkembang di Malaysia kerana ramai pengguna mahukan servis yang lebih pantas dan fleksibel. Tambahan pula, generasi muda sekarang lebih suka mengurus kewangan terus melalui telefon tanpa perlu beratur di bank.
Kelebihan Menggunakan AEON Bank
Jadi jom kita tengok 8 kelebihan AEON Bank yang mungkin ramai tak tahu:
1) Pengeluaran ATM tanpa caj tambahan
Nak keluarkan wang di mana-mana ATM termasuk rangkaian MEPS pun tak perlu risau tentang caj RM1. Setiap kali buat pengeluaran, memang boleh berjimat sedikit.
2) Kumpul AEON Points setiap kali berbelanja
Setiap transaksi yang dibuat akan memberikan mata ganjaran AEON iaitu RM1 bersama 1 point. Dengan 200 mata boleh ditebus bersamaan RM1. Kalau kerap shopping di AEON Mall, lagi cepat points terkumpul.
3) Pulangan 3% per anum
AEON Bank bukan sekadar tempat untuk anda simpan duit, tetapi anda boleh kembangkan duit tersebut menerusi Savings Pot. Anda boleh dapat dividen sehingga 3% p.a yang dibayar setiap bulan.

4) Kad debit diberi secara percuma
Tiada bayaran untuk pendaftaran kad debit dan penghantaran juga disediakan tanpa caj tambahan. Rekaan kad pula nampak ringkas dengan warna pink yang menarik.
5) Proses pendaftaran sepenuhnya secara online
Tak perlu hadir ke cawangan atau ambil nombor giliran di kaunter. Semua urusan boleh diselesaikan terus melalui telefon dalam masa yang singkat. Hanya perlu download aplikasi di Play Store atau App Store sahaja.
6) Nikmati parkir percuma selama 2 jam di AEON Mall
Memang berguna untuk mereka yang selalu singgah membeli barang keperluan harian atau grocery di AEON. Anda tak perlu lagi risau jika tak cukup baki pada kad, guna kad AEON Bank, boleh dapat parking free.
7) Akaun digital berlandaskan patuh syariah
Pengguna boleh mengurus simpanan dan transaksi dengan lebih yakin kerana konsep perbankan yang digunakan adalah mematuhi prinsip syariah.
8) Aplikasi pantas dan mudah digunakan
Aplikasi direka supaya lebih lancar dan mesra pengguna, jadi segala urusan kewangan harian boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat.
Kesimpulan
Kelebihan menggunakan AEON Bank sebenarnya bukan sekadar tentang aplikasi moden semata-mata. Ia lebih kepada bagaimana bank digital membantu memudahkan urusan kewangan harian pengguna.
Daripada proses buka akaun yang cepat, fungsi online yang lengkap, sehinggalah kemudahan memantau perbelanjaan, semuanya memberi nilai kepada pengguna moden hari ini.
Bagi yang masih belum pernah cuba bank digital, mungkin ini masa sesuai untuk mula melihat bagaimana teknologi boleh membantu pengurusan duit jadi lebih teratur dan mudah.
Akhir sekali, tidak kira bank apa yang digunakan, perkara paling penting tetap sama iaitu bijak mengurus kewangan dan sentiasa menjaga keselamatan akaun sendiri.









