Bagi anda yang tidak mengetahui barisan Menteri Agama yang pernah dilantik sepanjang jawatan ini diperkenalkan, anda boleh ikuti senarai disini bermula dari tahun 1973 hingga yang terkini.
Menteri Agama atau nama penuhnya Menteri Hal Ehwal Agama merupakan salah satu portfolio yang berada dibawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mana bertanggungjawab berkaitan dengan agama Islam di Malaysia.
Antara lain, Menteri Agama juga bertindak sebagai pembuat dasar, menjaga keharmonian agama Islam dan menyelaras agensi termasuk Tabung Haji. Kita biasa dengar, kalau sebut Menteri Agama, mesti tidak lari dengan Tabung Haji.
Jadi jom kita lihat senarai penuh barisan Menteri Agama yang pernah dilantik menyertai barisan kabinet bagi setiap pentadbiran yang pernah ada dari tahun 1973 sehingga waktu sekarang.
Senarai Menteri Agama Dari Dahulu Hingga Sekarang
| No. | Menteri | Tempoh Lantikan |
|---|---|---|
| 1 | Mohd Asri Muda | Tahun 1973 – 1977 |
| 2 | Mohamed bin Nasir | Tahun 1978 – 1981 |
| 3 | Abdullah Ahmad Badawi | Tahun 1981 – 1984 |
| 4 | Abdul Ajib Ahmad | Tahun 1984 – 1987 |
| 5 | Mohd. Yusof Noor | Tahun 1987 – 1990 |
| 5 | Abang Abu Bakar Abang Mustapha | Tahun 1990 – 1995 |
| 6 | Abdul Hamid Othman | Tahun 1995 – 2001 |
| 7 | Abdul Hamid Zainal Abidin | Tahun 2001 – 2004 |
| 8 | Abdullah Md. Zin | Tahun 2004 – 2008 |
| 9 | Ahmad Zahid Hamidi | Tahun 2008 – 2009 |
| 10 | Jamil Khir Baharom | Tahun 2009 – 2018 |
| 11 | Mujahid Yusuf Rawa | Tahun 2018 – 2020 |
| 12 | Zulkifli Mohamad Al-Bakri | Tahun 2020 – 2021 |
| 13 | Idris Ahmad | Tahun 2021 – 2022 |
| 14 | Mohd Na’im Mokhtar | Tahun 2022 – 2025 |
| 15 | Zulkifli Hasan | Tahun 2025 – terkini |












