Yang ditunggu kini telah tiba! Pertemuan Bangladesh vs Malaysia yang merupakan perlawanan pembukaan bagi kumpulan A divisyen 1 FIFA ASEAN Cup 2026 akan menemui penonton pada Jumaat.
FIFA ASEAN Cup merupakan kejohanan rasmi yang diiktiraf FIFA melibatkan pasukan-pasukan dari Asia Tenggara disamping pasukan jemputan. Ianya juga kejohanan sulung yang buat kali pertama diadakan pada tahun ini.
Buat julung kalinya Indonesia menjadi tuan rumah untuk Divisyen 1, manakala Hong Kong menjadi tuan rumah untuk Divisyen 2. Kesemua perlawanan Divisyen 1 akan berlangsung di Jakarta dan Bandung.
Malaysia yang bermain di Divisyen 1 telah diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan tuan rumah, Indonesia dan Singapura. Skuad Harimau Malaya pastinya ingin mendapatkan dan menjuarai kejohanan ini.
Format Pertandingan
Setiap pasukan akan bermain 3 perlawanan di peringkat kumpulan. Juara bagi setiap pasukan akan bertemu di final bagi merebut takhta kejuaraan. Manakala naib juara kumpulan akan bermain bagi penentuan tempat ketiga.
Berbeza dengan Piala AFF atau ASEAN Hyundai Cup sebelum ini dimana setiap perlawanan akan ada mata atau point FIFA. Jadi pasukan negara perlu memenangi seberapa banyak perlawanan untuk memperbaiki rangking.
Siaran Langsung Bangladesh vs Malaysia
Perlawanan antara Bangladesh vs Malaysia akan berlangsung pada 25 September 2026 dengan sepak mula akan berlangsung pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia. Ianya akan dilangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
BACA JUGA : Cara Beli Tiket Masuk Stadium Untuk Kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026
Untuk yang tidak berkesempatan hadir ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey atau boleh juga live streaming menerusi https://rtmklik.rtm.gov.my/
Keputusan Perlawanan
Bangladesh vs Malaysia
Masa : 5.00 PM
Venue : Gelora Bung Karno
Tayangan TV : RTM di TV Okey
Live Streaming : RTM Klik












1 thought on “FIFA ASEAN Cup 2026 : Siaran Langsung Bangladesh vs Malaysia Di RTM”
Comments are closed.