Menerusi Eurovision Song Contest Asia 2026, kita bakal dapat saksikan bagaimana 11 negara mempersembahkan lagu original masing-masing di hadapan penonton seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Pada waktu inilah, kita bakal dengar lagu-lagu daripada negara seperti Laos, Mongolia, Bhutan, Nepal serta Kemboja yang mungkin kita jarang dengarkan sebelum ini. Pasti akan ada keunikan yang bakal dipersembahkan.
11 peserta mewakili 11 negara masing-masing merangkumi Asia Pasifik bersaing di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 bagi merebut gelaran juara. Ini merupakan pertandingan Eropah dan kini dibuat versi Asia.
Malaysia juga tidak ketinggalan menjadi salah satu peserta dalam pertandingan ini. Penyanyi wanita popular, Aina Abdul telah dipilih mewakili negara selepas diumumkan pada Ogos yang lalu di pentas AJL40.
BACA JUGA : Saksikan Eurovision Song Contest Asia Yang Berlangsung Di Bangkok, Thailand
Hasil ciptaan dan penulis lirik sepenuhnya oleh Aina Abdul sendiri, beliau akan bawakan dan persembahkan lagu Bluest Sky pada malam kemuncak yang bakal berlangsung di Bangkok, Thailand pada 14 November ini.
Senarai Peserta Dan Lagu Eurovision Song Contest Asia 2026
Jadi jom kita tengok senarai penyanyi yang menjadi wakil bagi setiap negara termasuk lagu yang akan dibawah di pentas akhir nanti.
| Negara | Penyanyi | Lagu |
|---|---|---|
| Vietnam | Tóc Tiên | EM TIÊN |
| Kemboja | Monetrey | I Let You Go |
| Laos | Thinla | BAE |
| Mongolia | Beck | Chamguigeer (Without You) |
| Bhutan | Nyendra | Lhayi Semo |
| Filipina | CARMELLE | Sobra-Sobra |
| Bangladesh | Beatmosphere | Tumi Ele |
| Thailand | MANG x DAOU | Aroma |
| Korea Selatan | JUNHEE | DEEP DIVE |
| Nepal | Pratik Himal Rai | Ananta Maya |
| Malaysia | Aina Abdul | Bluest Sky |
Jangan lupa untuk saksikan pentas final Eurovision Song Cotest Asia 2026 yang akan bersiaran pada 14 November 2026, hari Sabtu, pukul 9.30 malam siaran langsung di siarkan di TV3. Juga tersedia di https://www.youtube.com/@EurovisionSongContest













1 thought on “Senarai Peserta Dan Lagu Eurovision Song Contest Asia 2026 – Termasuk Aina Abdul”
Comments are closed.