Yang ditunggu-tunggu kini telah tiba. Kita bakal dapat saksikan pertembungan China vs Malaysia dalam aksi perlawanan persahabatan Tier 1 yang bakal berlangsung pada 14 November 2026.
Ketua Jurulatih Interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sekali lagi akan meneruskan tugasan bersama anak-anaknya buah bagi berdepan dengan skuad The Dragon di Stadium Zhaoqing New District Sports Center, Guangdong.
Malaysia yang kini berada di kedudukan ke-133 FIFA akan bertemu sebuah pasukan yang lebih baik top 100 iaitu China yang kini di rangking FIFA ke-96 dunia. Adakah Malaysia mampu memberikan kejutan pada hari perlawanan nanti?
Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada tahun 2023 juga dalam perlawanan persahabatan yang ketika itu berlangsung di Chengdu. Menyaksikan Malaysia terikat 1-1 dengan China.
Jika dilihat daripada 5 perlawanan terakhir untuk kedua-dua pasukan, Malaysia kini berada di landasan yang baik. Menang 3, seri 1 dan kalah 1. Berbanding China yang hanya mencatatkan 1 kemenangan dan 1 seri, serta 3 kekalahan.
Selain daripada pertemuan dengan China, skuad Harimau Malaya juga akan turun sekali lagi dalam perlawanan kedua dalam kalendar FIFA kali ini bertemu Yaman. Akan berlangsung pada 17 November depan juga di venue yang sama.
Siaran Langsung China vs Malaysia (Live Streaming)
Meskipun berada di jauh China, pemain-pemain akan tetap diberikan sokongan yang padu oleh peminat dan penyokong yang sentiasa berada di belakang meskipun terjadi pelbagai isu kebelakangan ini.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan pertemuan China vs Malaysia yang akan disiarkan secara langsung pada pukul 8.00 malam menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau secara online di Astro Go dan Sooka.
Tapi bagi yang tidak mempunyai akses Astro, jangan risau. Anda boleh saksikan menerusi saluran RTM di Sukan+ (Astro 806 & MYTV 111). Selain itu, anda juga boleh live streaming secara percuma di RTM Klik.












