Bila Mula 10 Malam Terakhir Ramadan 2025 (Untuk Mencari Lailatul Qadar)

By aiman

Published On:

Follow Us
bila mula 10 malam terakhir ramadan untuk mencari lailatul qadar

Tahun ini, kita mula berpuasa pada 2 Mac 2025, jadi bila pula mula 10 malam terakhir Ramadan? Ianya bertujuan bagi mencari Lailatul Qadar yang juga malam lebih baik dari 1000 bulan.

Lailatul Qadar merupakan malam yang paling mulia dalam Islam kerana pada malam inilah Al-Quran diturunkan. Malam ini lebih baik daripada seribu bulan, bermakna segala amalan yang dilakukan pada malam ini mendapat ganjaran seolah-olah dilakukan selama 83 tahun.

BACA JUGA : Kuiz Ramadan Yang Anda Boleh Ikuti

Oleh sebab itu, umat Islam amat digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah dalam 10 malam terakhir Ramadan bagi mencari keberkatan Lailatul Qadar. Malam ini juga dikaitkan dengan ketenangan luar biasa, suasana yang damai serta turunnya malaikat yang membawa rahmat kepada umat Islam yang beribadah.

Bila Bermula 10 Malam Terakhir Ramadan Untuk Tahun 2025?

Tarikh sebenar Lailatul Qadar tidak diketahui secara pasti, tetapi berdasarkan hadis Rasulullah SAW, malam ini berlaku dalam salah satu malam ganjil dalam sepuluh malam terakhir Ramadan.

Berdasarkan perkiraan kalendar Islam, Ramadan 1446H bermula pada 2 Mac 2025, maka sepuluh malam terakhir akan bermula pada 20 Mac hingga 30 Mac 2025. Malam ganjil pula yang berpotensi sebagai Lailatul Qadar ialah malam ke-21 (21 Mac), malam ke-23 (23 Mac), malam ke-25 (25 Mac), malam ke-27 (27 Mac), dan malam ke-29 (29 Mac).

Walaupun malam ke-27 sering dikaitkan dengan Lailatul Qadar, umat Islam disarankan untuk meningkatkan ibadah sepanjang 10 malam terakhir Ramadan untuk memastikan tidak terlepas malam yang penuh keberkatan ini.

Amalan yang Dianjurkan pada Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar adalah peluang keemasan bagi umat Islam untuk mendapatkan keampunan dan rahmat daripada Allah SWT. Oleh itu, amalan seperti solat tahajud, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa serta bersedekah amat digalakkan.

Antara doa yang dianjurkan pada malam ini ialah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW,

“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni,” yang bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan menyukai keampunan, maka ampunilah aku.”

Selain itu, umat Islam juga disarankan untuk memperbanyakkan solat sunat dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.

Lailatul Qadar adalah malam yang sangat istimewa yang berlaku dalam sepuluh malam terakhir Ramadan. Walaupun tarikh tepatnya tidak diketahui, umat Islam digalakkan untuk menghidupkan setiap malam ganjil dengan ibadah dan doa.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan keberkatan malam ini, usaha dan kesungguhan dalam beribadah amat penting kerana ganjarannya lebih baik daripada seribu bulan. Maka carilah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan.

Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan memperbanyakkan ibadah dan doa agar memperoleh rahmat serta keampunan daripada Allah SWT.

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment