Sempena bulan puasa ini, mari kita tingkatkan pengetahuan dan menambah kefahaman tentang bulan suci ini menerusi kuiz Ramadan. Disamping meningkatkan amal ibadah, kita juga boleh lebih faham tentang Ramadan selepas ini.
Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga efektif dalam menguji dan memperkukuh pemahaman tentang sejarah, hukum, dan adab berkaitan Ramadan. Kuiz Ramadan sering menjadi pilihan utama dalam program-program keagamaan, sama ada di masjid, sekolah, atau media sosial, kerana ia mampu menarik minat pelbagai peringkat usia.
Melalui kuiz Ramadan, peserta dapat mempelajari pelbagai aspek tentang bulan suci ini, seperti kelebihan berpuasa, peristiwa penting dalam sejarah Islam, serta amalan-amalan sunnah yang digalakkan.
Soalan-soalan yang disediakan biasanya merangkumi topik yang pelbagai, daripada yang asas hingga yang mencabar, sesuai untuk semua peringkat pengetahuan. Ini menjadikan kuiz Ramadan bukan sekadar aktiviti santai, tetapi juga medium pembelajaran yang berkesan.
Senarai Soalan Kuiz Ramadan
Berikut merupakan senarai 30 soalan kuiz Ramadan yang anda boleh ikuti dan jawab mengikut pengetahuan anda:
Bahagian 1: Soalan Objektif
1) Berapa hari umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadan?
a) 31 hari
b) 29-30 hari
c) 28 hari
d) 27 hari
2) Apakah nama pintu syurga yang khas untuk orang berpuasa?
a) Al-Kauthar
b) Ar-Rayyan
c) As-Sirat
d) Al-Mizan
3) Solat sunat yang dilakukan hanya dalam bulan Ramadan ialah?
a) Solat Witir
b) Solat Tahajud
c) Solat Tarawih
d) Solat Dhuha
4) Apakah hukum berpuasa bagi orang Islam yang baligh dan berakal?
a) Wajib
b) Sunat
c) Harus
d) Makruh
5) Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada?
a) 10 hari terakhir Ramadan
b) 1,000 bulan
c) Hari Arafah
d) 100 hari
6) Perbuatan manakah yang membatalkan puasa?
a) Mandi wajib
b) Tidur pada siang hari
c) Makan dan minum dengan sengaja
d) Berwuduk
7) Apakah maksud โLailatul Qadarโ?
a) Malam keberkatan
b) Malam seribu bulan
c) Malam kemuliaan
d) Malam keampunan
8) Puasa pertama kali difardukan dalam tahun hijrah ke berapa?
a) 1 Hijrah
b) 2 Hijrah
c) 3 Hijrah
d) 5 Hijrah
9) Apakah perkara sunat ketika berbuka puasa?
a) Berbuka dengan air kosong
b) Berbuka dengan buah tamar
c) Berbuka selepas Maghrib
d) Makan makanan berat dahulu
10) Zakat fitrah wajib dibayar sebelum?
a) Waktu Subuh 1 Syawal
b) Solat sunat Aidilfitri
c) Malam 1 Syawal
d) Tengah hari 1 Syawal
Bahagian 2: Isi Tempat Kosong
11) Niat puasa Ramadan perlu dilakukan pada waktu ________________.
12) Orang yang sakit dan tidak mampu berpuasa perlu menggantikannya dengan ________________.
13) Ramadan merupakan bulan ke- ______________ dalam kalendar Islam.
14) Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu pertama di Gua ________________.
15) Makanan sunat dimakan ketika berbuka puasa ialah ________________.
16) Orang yang musafir diberikan rukhsah (keringanan) untuk ________________.
17) Surah dalam Al-Quran yang menyebut tentang kewajiban berpuasa ialah Surah ________________.
18) Malam Lailatul Qadar biasanya berlaku pada ________________.
19) Orang yang tidak mampu berpuasa kerana uzur wajib membayar ________________.
20) Ibadah puasa diwajibkan kepada umat Islam yang ________________.
Bahagian 3: Benar atau Salah
21) Solat Tarawih boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian. (Benar/Salah)
22) Berkumur semasa berwuduk boleh membatalkan puasa. (Benar/Salah)
23) Zakat fitrah boleh dibayar selepas solat Aidilfitri tanpa sebab. (Benar/Salah)
24) Ibadah puasa hanya wajib kepada lelaki sahaja. (Benar/Salah)
25) Bulan Ramadan disebut dalam Surah Al-Baqarah. (Benar/Salah)
26) Makan atau minum dengan terlupa tidak membatalkan puasa. (Benar/Salah)
27) Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan, dosanya diampunkan. (Benar/Salah)
28) Kanak-kanak diwajibkan berpuasa jika mampu. (Benar/Salah)
29) Berdoa ketika berbuka puasa adalah sunat. (Benar/Salah)
30) Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur adalah sunnah. (Benar/Salah)
Jawapan Kuiz Ramadan
Bahagian 1: Soalan Objektif
- b) 29-30 hari
- b) Ar-Rayyan
- c) Solat Tarawih
- a) Wajib
- b) 1,000 bulan
- c) Makan dan minum dengan sengaja
- c) Malam kemuliaan
- b) 2 Hijrah
- b) Berbuka dengan buah tamar
- b) Solat sunat Aidilfitri
Bahagian 2: Isi Tempat Kosong
- malam sebelum Subuh
- fidyah
- 9
- Hiraโ
- kurma
- berbuka puasa
- Al-Baqarah
- 10 malam terakhir Ramadan
- fidyah
- baligh, berakal, dan mampu
Bahagian 3: Benar atau Salah
- Benar
- Salah
- Salah
- Salah
- Benar
- Benar
- Benar
- Salah
- Benar
- Benar
1 thought on โSenarai Soalan Kuiz Ramadan Beserta Jawapanโ