Siri jelajah World Tour kini sudah sampai ke penghujung menerusi kejohanan terakhir BWF World Tour Finals 2024 yang mana menghimpunkan 8 pemain terbaik sepanjang tahun dalam satu kejohanan.
Kejohanan tahunan HSBC BWF World Tour Finals 2024 berlangsung dari 11 hingga 15 Disember 2024 bertempat di di Hangzhou, China yang telah diundi sebagai tuan rumah dalam edisi kali ini.
Setiap pemain badminton dunia mengharungi lebih 31 kejohanan sepanjang tahun bagi mengumpul mata rangking dan menjadi antara 8 pemain terbaik (top) bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Jika pada penghujung musim, mereka yang berada di top 8 ranking BWF World Tour Finals, layak untuk bermain dalam kejohanan terakhir ini. Akan tetapi setiap kategori hanya boleh diwakili oleh 2 wakil sahaja bagi setiap negara.
Untuk edisi kali ini, Malaysia berjaya menghantar 6 wakil kesemuanya bagi bersaing dalam 4 kategori. Hanya tiada wakil untuk perseorangan wanita sahaja. Satu wakil perseorangan lelaki dan beregu wanita serta dua wakil masing-masing untuk beregu lelaki dan campuran.
- Perseorangan Lelaki – Lee Zii Jia
- Beregu Lelaki – Aaron Chia/Soh Wooi Yik & Goh Sze Fei/Nur Izzuddin
- Beregu Wanita – Pearly Tan/Thinaah Muralitharan
- Beregu Campuran – Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie & Chen Tang Jie/Toh Ee Wei
Untuk rekod, tiada lagi mana-mana pemain negara yang berjaya menjuarai BWF World Tour Finals sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2018 atau yang berjaya sampai ke pusingan akhir. Pencapaian terbaik setakat ini adalah di pusingan separuh akhir.
Diharapkan untuk World Tour Finals tahun 2024 ini, bakal ada satu pencapaian yang dibanggakan menerusi mana-mana wakil negara yang bertanding. Mungkin kali ini kita akan ada juara, hopefully!
Jadi jangan terlepas untuk saksikan setiap perlawanan yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Badminton 815 atau peminat sukan badminton juga boleh live streaming di Sooka.
Jadual & Keputusan BWF World Tour Finals 2024
Kejohanan BWF World Tour Finals 2024 akan bermula di peringkat kumpulan. Juara dan naib juara bagi setiap kumpulan untuk setiap kategori akan mara ke pusingan kalah mati di peringkat separuh akhir
Berikut merupakan jadual penuh yang hanya melibatkan pemain-pemain Malaysia sahaja. Keputusan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa sejurus selepas tamat perlawanan.
PERSEORANGAN LELAKI
11 Disember 2024 (Rabu) – Peringkat Kumpulan
[MS] Perseorangan Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Chou Tien Chen (TPE) | 13 | 15 | – |
Lee Zii Jia (MAS) | 21 | 21 | – |
12 Disember 2024 (Khamis) – Peringkat Kumpulan
[MS] Perseorangan Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Anders Antonsen (DEN) | 14 | 19 | – |
Lee Zii Jia (MAS) | 21 | 21 | – |
13 Disember 2024 (Jumaat) – Peringkat Kumpulan
[MS] Perseorangan Lelaki – 5.50 pm | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Lee Zii Jia (MAS) *RET | 22 | 15* | – |
Li Shin Feng (CHN) | 20 | 11 | – |
15 Disember 2024 (Ahad) – Final
[MS] Perseorangan Lelaki – 5.20 pm | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Anders Antonsen (DEN) | 18 | 14 | – |
Shi Yu Qi (CHN) | 21 | 21 | – |
PERSEORANGAN WANITA
15 Disember 2024 (Ahad) – Final
[MS] Perseorangan Wanita – 2.00 pm | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Han Yue (CHN) | 21 | 19 | 11 |
Wang Zhi Yi (CHN) | 19 | 21 | 21 |
BEREGU LELAKI
11 Disember 2024 (Rabu) – Peringkat Kumpulan
[MD] Beregu Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Kim Astrup/A Skaarup Rasmussen (DEN) | 21 | 16 | 21 |
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS) | 18 | 21 | 14 |
[MD] Beregu Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
He Ji Ting/Ren Xiang Yu (CHN) | 21 | 18 | 15 |
Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) | 17 | 21 | 21 |
12 Disember 2024 (Khamis) – Peringkat Kumpulan
[MD] Beregu Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS) | 15 | 21 | 21 |
Lee Jhe Huei/Yang Po Hsuan (TPE) | 21 | 19 | 13 |
[MD] Beregu Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Fajar Alfian/Muhammad R Ardianto (INA) | 21 | 14 | 15 |
Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) | 19 | 21 | 21 |
13 Disember 2024 (Jumaat) – Peringkat Kumpulan
[MD] Beregu Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS) | 24 | 21 | – |
Lee Yang/Wang Chi Lin (TPE) | 22 | 12 | – |
[MD] Beregu Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
S K Gutama/M Reza Pahlevi Isfhani (INA) | 21 | 21 | – |
Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) | 16 | 16 | – |
14 Disember 2024 (Sabtu) – Separuh Akhir
[MD] Beregu Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS) | 17 | 21 | 27 |
Fajar Alfian/Muhammad R Ardianto (INA) | 21 | 16 | 25 |
15 Disember 2024 (Ahad) – Final
[MD] Beregu Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Kim Astrup/Anders S Rasmussen (DEN) | 21 | 17 | 21 |
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS) | 17 | 21 | 11 |
BEREGU WANITA
11 Disember 2024 (Rabu) – Peringkat Kumpulan
[WD] Beregu Wanita | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Pearly Tan/M Thinaah (MAS) | 21 | 17 | 18 |
N Matsuyama/Chiharu Shida (JPN) | 13 | 21 | 21 |
12 Disember 2024 (Khamis) – Peringkat Kumpulan
[WD] Beregu Wanita | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Pearly Tan/M Thinaah (MAS) | 19 | 19 | – |
T Jolly/G G Pullela (IND) | 21 | 21 | – |
13 Disember 2024 (Jumaat) – Peringkat Kumpulan
[WD] Beregu Wanita | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Liu Sheng Shu/Tan Ning (CHN) | 21 | 18 | 21 |
Pearly Tan/M Thinaah (MAS) | 9 | 21 | 18 |
14 Disember 2024 (Sabtu) – Separuh Akhir
~ tiada wakil lagi
15 Disember 2024 (Ahad) – Final
[WD] Beregu Wanita – 3.40 pm | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Baek Ha Na/Lee So Hee (KOR) | 21 | 21 | – |
Nami Matsuyama/Chiharu Shida (JPN) | 19 | 14 | – |
BEREGU CAMPURAN
11 Disember 2024 (Rabu) – Peringkat Kumpulan
[XD] Beregu Campuran | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS) | 21 | 10 | 14 |
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) | 14 | 21 | 21 |
12 Disember 2024 (Khamis) – Peringkat Kumpulan
[XD] Beregu Campuran | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) | 21 | 21 | – |
D Ferdinansyah/G E Widjaja (INA) | 17 | 18 | – |
[XD] Beregu Campuran | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS) | 21 | 21 | – |
Hiroki Midorikawa/Natsu Saito (JPN) | 14 | 14 | – |
13 Disember 2024 (Jumaat) – Peringkat Kumpulan
[XD] Beregu Campuran | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS) | 17 | 21 | 21 |
D Ferdinansyah/G E Widjaja (INA) | 21 | 15 | 14 |
[XD] Beregu Campuran | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) | 21 | 21 | – |
Hiroki Midorikawa/Natsu Saito (JPN) | 17 | 18 | – |
14 Disember 2024 (Sabtu) – Separuh Akhir
[XD] Beregu Campuran | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS) | 15 | 12 | – |
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) | 21 | 21 | – |
15 Disember 2024 (Ahad) – Final
[XD] Beregu Campuran | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong (CHN) | 21 | 14 | 21 |
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) | 18 | 21 | 17 |
Untuk lain-lain keputusan kejohanan BWF World Tour Finals 2024, anda boleh rujuk di laman web rasmi BWF di https://bwf.tournamentsoftware.com/
2 thoughts on “BWF World Tour Finals 2024 : Jadual, Keputusan Dan Senarai Pemain Malaysia”