Siaran Langsung Chen Tang Jie/Toh Ee Wei Di Final BWF World Tour Finals 2024

By aiman

Updated on:

final wtf chen tang jie toh ee wei

Hujung minggu ini tumpuan untuk semua peminat badminton negara pastinya terarah untuk aksi Chen Tang Jie/Toh Ee Wei di final BWF World Tour Finals 2024 yang bakal berlangsung pada 15 Disember ini.

Pasangan campuran negara tersebut berjaya mara ke final aksi berprestij tersebut buat kali pertama dalam karier mereka sekali gus bakal merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai yang lumayan.

Akan tetapi, kegairahan tersebut bukan tertumpu kepada pasangan regu negara sahaja. Ini kerana kita ada satu lagi wakil di final iaitu untuk regu lelaki menerusi Goh Sze Fei/Nur Izzuddin yang juga beraksi pada hari yang sama.

Advertisements

Pasangan negara Chen Tang Jie/Toh Ee Wei akan bertemu wakil China di final iaitu Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong.

BACA JUGA : Jadual Penuh BWF World Tour Finals 2024

Sebelum itu, ChenToh mempamerkan aksi yang hebat di peringkat kumpulan apabila tidak pernah tewas dalam tiga perlawanan. Dengan keputusan tersebut, mereka merupakan juara untuk kumpulan B.

Di pusingan separuh akhir, mereka bertemu juga wakil negara iaitu Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie. Dalam perlawanan tersebut, mereka tak ambil masa yang lama apabila menang straight set 21-15, 21-12 dalam 42 minit.

Advertisements

Jika dilihat diatas kertas, untuk aksi final ini, pastinya memihak kepada wakil China yang juga merupakan regu no. 3 dunia berbanding Chen Tang Jie/Toh Ee Wei yang kini berada di rangking ke-8. Ditambah pula bermain di halaman mereka sendiri.

Jadual & Keputusan Final BWF World Tour Finals 2024 Untuk Aksi Chen Tang Jie/Toh Ee Wei

Untuk aksi final BWF World Tour Finals 2024, ianya akan berlangsung pada hari Ahad, 15 Disember 2024 bermula pada jam 2.00 petang mengikut waktu Malaysia. Tayangan siaran langsung adalah menerusi Astro Badminton 815 dan live streaming di Sooka.

Aksi final ini akan dilangsungkan secara bergilir-gilir. Perlawanan akan bermula dengan aksi perseorangan wanita terlebih dahulu. Untuk regu campuran ianya merupakan perlawanan kedua dimana dijangka akan bermula pada pukul 2.50 petang bergantung kepada aksi sebelumnya.

[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong (CHN)211421
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS)182117

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment