Siaran Langsung Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Final BWF World Tour Finals 2024

By aiman

Updated on:

final bwf world tour finals goh sze fei nur izzudin

Pasti peminat badminton di Malaysia khususnya tidak sabar untuk saksikan aksi final BWF World Tour Finals 2024 kali ini apabila kita mempunyai wakil di final iaitu Goh Sze Fei/Nur Izzuddin menerusi beregu lelaki [MD].

BACA JUGA : Jadual Penuh Aksi BWF World Tour Finals 2024

Sejak tahun 2018, Malaysia tidak pernah berada di pentas final untuk aksi WTF dan ini adalah kali pertama. Ini jugalah peluang terbaik untuk pemain negara merangkul gelaran kejuaraan. Selain regu negara, kita juga ada finalist untuk regu campuran menerusi Chen Tang Jie/Toh Ee Wei.

Advertisements

Goh Sze Fei/Nur Izzuddin yang kini berada di rangking ke-7 dunia telah diundi dalam Group A ketika bermula di peringkat kumpulan. Mereka bersaing dengan wakil Denmark, dan juga 2 wakil Chinese Taipei.

Untuk aksi awal, mereka tewas kepada wakil Denmark iaitu Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen. Kemudian kembali menemu rentak kemenangan dalam perlawanan kedua ketika bertemu Lee Jhe Huei/Yang Po Hsuan dari Chinese Taipei.

Untuk aksi ketiga, mereka menang sekali lagi ketika menentang Lee Yang/Wang Chi Lin dalam aksi straigh set. Dengan keputusan tersebut, secara rasmi FeiDin berjaya mara ke peringkat kalah mati di pusingan separuh akhir.

Di semi final, mereka perlu berdepan dengan pasangan no.1 Indonesia iaitu Fajar Alfian/ Muhammad Rian Ardianto. Aksi yang begitu krtikal untuk untuk pasangan negara apabila berjaya mengheret sehingga ke rubber set.

Bukan itu sahaja, di set ke-3, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin juga berjaya mengheret ke mata deuce sehingga 27 mata yang mana akhirnya kemenangan berpihak kepada wakil negara dengan keputusan 17-21, 21-16, 27-25 dalam masa 81 minit.

Advertisements

Dengan keputusan tersebut telah membawa pasangan negara ke final BWF World Tour Finals 2024 dan akan bertemu sekali lagi lawan yang satu-satunya pernah menumpaskannya iaitu Astrup/Anders Skaarup Rasmussen.

Jadual & Keputusan Final BWF World Tour Finals 2024 Untuk aksi Goh Sze Fei/Nur Izzuddin

Untuk aksi final BWF World Tour Finals 2024, ianya akan berlangsung pada 15 Disember 2024, hari Ahad bermula pukul 2.00 petang waktu Malaysia. Siaran langsung di Astro Badminton 815 dan live streaming di Sooka. [LIVE STREAMING]

Untuk final, ianya akan dilangsungkan secara bergilir-gilir dengan aksi perseorangan wanita terlebih dahulu akan dimainkan. Untuk beregu lelaki, ianya merupakan perlawanan keempat lebih kurang pukul 4.30 petang.

[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Kim Astrup/Anders S Rasmussen (DEN)211721
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS)172111

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Siaran Langsung Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Final BWF World Tour Finals 2024”

Leave a Comment